Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah .. Hari ke-11 dah.
Awal 1 minggu dari EDD yang diberikan oleh doktor (4 Disember 2018) , pada 26 November 2018 (Isnin) , Alhamdulillah segala urusan melahirkan anak ke-3 dipermudahkan Allah swt.
Petang Ahad (25 November 2018)
kami sekeluarga berjalan ke IKEA, Damansara semata-mata nak beli tab mandi baby. Eh.. Pandai pulak lepas bayar harga barang, perut mula sakit dengan kerap selang masa beberapa minit. Confirm! Active contractions!
Nasib baik dah plan awal untuk minta tolong Ayahanda & Bonda untuk jagakan Afiq & Arif. Plan asal, nak dinner bersama di KL sebelum hand over anak-anak. Lastly, dinner cancel. Lepas serah anak-anak, suami dah ready nak ‘serah’ kan bini dia ni ke hospital bila tengok bini dah kerap berkerut dahi tahan sakit. He he he.
Teruslah drive dari KL balik ke Shah Alam straight to SALAM Shah Alam Hospital di Seksyen 19. Bertahan 1 jam dengan doa semoga tak bersalin dalam kereta. Ha ha!
Sampai di unit kecemasan hospital, check-in jam 8.40 malam. Terus dibawa ke labour room, dipasang CTG untuk monitor keadaan bayi dalam kandungan dan untuk check jika ada bukaan bersalin. Naaahhhh… Sekali VE (vaginal examination), 6cm sudaaaahh.
Alhamdulillah. Sakit kontraksi pun masih boleh tahan, mild contractions kata nurse. Tapi heartbeat baby tak cantik! Borderline pada bacaan 100. Aku dah risau fikir kemungkinan kena emergency ceaser. Sobs!
Sementara tu, boleh lagi gelak-gelak dengar nurse gosip pasal Syatila Melvin, main handphone sambil tak lupa untuk inform bos “saya tak masuk ofis esok. Dah warded”. Ha ha!
Suami pulak tengah uruskan bayaran deposit untuk kemasukan ke wad. RM 2,000.00. Kata petugas kaunter, tiada bilik standard single yang available. Last option, aku upgrade bilik kepada superior single. Suami pun ada tempat lebih selesa untuk baring. Cuma tambah RM 70.00 sahaja.
Lepas 20 minit berlalu, masih mild contractions. Sudahnya nurse decided untuk rehatkan aku dalam wad buat sementara waktu. 1 jam lagi baru dia datang untuk check semula.
Aku dah buat kiraan “1 jam bukaan 1 cm”. Mesti dalam pukul 12.++ tgh malam aku bersalin ni…
Selepas 1 jam, terasa contractions tahap cengkam bantal, selimut dan apa-apa yang boleh aku genggam untuk lawan sakit. Tak lupa juga kawal pernafasan untuk tahan sakit. Berjaya! suami gosok-gosok belakang badan aku. Rasa lega sikit.
Oh ya! Kami berdua masih belum makan malam walau pun jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Lapaaarrrrr. Dan mengantuk!
Nurse datang selepas 1 jam. “nampaknya puan dah sakit sampai berkerut muka. Tadi rileks je…” nurse menegur sambil tersenyum. Buat VE, naaahhh… Bukaan 8cm dah. “jom ke labour room..”
Kat labour room, nurse terpaksa pecahkan ketuban untuk proceed bukaan rahim. Doktor Siti Mariam pun dah datang. Sekali je doktor letak tangan kat perut aku, katanya “ini kaki baby, sini badan dia..!” nurse salah letak point mesin CTG daaaa.. Patutlah heartbeat rate baby asyik low/borderline je. Dah kau letak kat kaki. Nervous mak baby ni dah fikir kena emergency ceaser tau! Hiks. Lepas betulkan point, haaaa.. Baru lega bila tau heartbeat baby normal je. Alhamdulillah..
“puan ada rasa nak meneran tak..? “ soalan yang kerap ditanya. Malangnya, jawapan aku tetap TIADA!
Awal pagi Isnin (26 November 2018)
” cuba puan mengiring ke kiri, menghadap suami.. “ cadang nurse.
Uihhh.. Tak lama lepas tu, terus rasa nak meneran. Fuh! Sekali teran, meluncurlah keluar Akif Hazim pada jam 12.41 pagi, 26 November 2018. Alhamdulillah. Legaaa..
4jam je tunggu nak bersalin. Benar tekaanku “1 jam bukaan 1 cm”. Alhamdulillah .
Siangnya, jam 3.30 petang macam tu, lepas bayar baki cas hospital, dah boleh check out. Keseluruhan kos bersalin adalah RM 2,959.00. Haaaa.. Selesai gitu je cerita bersalin.
Bermulalah proses berpantang pula…