TERBAIK! RAWATAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN DARI DODOI CONFINEMENT SERVICES

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ke-36 berpantang sendiri di rumah. Alhamdulillah, setakat ini urusan harian berjalan dengan lancar. Hampir keseluruhan kerja rumah, suami yang uruskan. Aku hanya fokus pada penjagaan diri dan bayi sahaja.

Nak cerita pasal rawatan berpantang masa minggu awal bersalin.

Kali ni decided untuk dapatkan pakej lengkap untuk ibu berpantang (urut, tungku, tangas, lulur, mandi herba, masakan makanan berpantang) dan pengurusan bayi (mandi, urut, tuam, jaga, basuh baju bayi). Semuanya di rumah sendiri. Survey sana sini, berkenan dengan testimonial pakej berpantang dari FB Page Dodoi Confinement Services (DCS) .

Oh ya. Rawatan ini adalah secara tradisional.

Pakej dah lengkap. Cuma pilih je nak berapa hari punya rawatan. Aku pilih 7 hari. Dengan anggapan, in sha allah selepas 7 hari, badan dah agak kuat untuk uruskan diri sendiri dan bayi.

Testimoni aku sebagai pelanggan DCS?

Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan servis. Jam 10.00 pagi confinement lady, Raihana (mesra dipanggil Rai) datang, dia akan uruskan Akif dulu (mandi, tuam, pakaikan baju baby). Dah settle, baru mula rawatan untuk aku.

Urutan yang membuatkan badan jadi lega, urat tegang jadi kendur, lebih-lebih lagi urutan untuk lancarkan aliran susu badan. Baru 1x berurut, esoknya dah bengkak susu! He he.

Lepas berurut, bertungku dengan batu sungai. Fuh! Syok sampai tertidur.

Sampai bab bertangas, pergghh! Dah macam bersauna. Sekali dia balut seluruh badan, tinggal kepala je keluar. Menjejeh peluh, menitik-nitik. Puas hati dapat keluarkan lebihan air/toksin. Bahan tangas : manjakani, timun pastu bahan lain ada Rai sebut, aku dah lupa. Ingat manjakani sebagai perapat miss V no 1. Ha ha ha!

Berdiang batu. Prosesnya macam salai badan. Asalnya, ibu berpantang kena baring atas katil, pastu batu sungai yang dipanaskan, letak bawah katil. Tujuan : mengurangkan sakit belakang badan.

Settle part tu, rawatan berbengkung pula (param, pilis, pakaikan bengkung). Syok weiii orang dok ulit badan kita. Tahu-tahu je “haaaa.. Kan dah kurus sikit perut tu. Lengan pun dah kecik..” Rai yang kataaaaa. Tapi memang fakta! Ha ha!

Untuk masakan, pantas disediakan dan paling penting, SEDAP! serius. Nasib baik dah pakai bengkung. Kalau tidak, tak sedar dah habis makan nasi 1 periuk. Ha ha ha! Kuantiti Rai masak untuk 2x makan (tengah hari dan malam). Bahan mentah, sendiri beli, Rai masak ikut bahan yang ada. Tak pasti? Boleh tanya atau minta je list barang, ikut je mana perlu.

Mandian herba dari air rebusan campuran bahan-bahan dapur (aku tak ingat bahan. Ha ha) buat badan rasa segar. Wangi.

Last one, lulur 1 badan. Guna rendaman beras dan halia. Rasa licin je kulit lepas kena scrub. Love it!

Senang cerita, memang aku rest cukuplah bila Rai ada kat rumah. Baju dia basuh, sidai dan lipatkan. Akif nangis, dia dodoikan. Tukar lampin jika perlu. Time ni, belum 1x pun aku mandikan Akif. Tangan Rai je dok ulit Akif. Makan pun berhidang. Lepas habis makan, Rai kemaskan. Fuh… Last merasa macam ni masa bujang, stay dengan Ayahanda & Bonda . Ha ha!

Sepanjang tempoh rawatan, Akif behave sangat. Tidur je. Keje pun jadi mudah sebab tiada gangguan. Tapiii…  Hari terakhir rawatan, Akif buat perangai. Celik lama. Sikit-sikit merengek. Macam tahu je Aunty Rai nak pergi dah.

Oh ya. Pakej rawatan ni, balik hari. Masa rawatan 10.00 pagi hingga 4.30 petang. Sabtu, Ahad dan cuti umum, tiada rawatan melainkan kalau ambil pakej tertentu.

Hadiah dari Rai yang ramah & pemurah : 2 helai barut bayi, 1 bra menyusu dan 1 balm bayi

Ok, habis servis, bermulalah rutin berpantang dengan tangan sendiri…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.