SALAM HOSPITAL : HOSPITAL BERSALIN PILIHAN

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah sekarang kandungan ke-2 ini dah masuk 34 minggu. Disebabkan ada pengalaman melahirkan Afiq dahulu, setakat ini, aku tak ada dilema kalau bab memilih hospital bersalin. Setakat ini, memang plan untuk bersalin di SALAM Hospital, Seksyen 19, Shah Alam. Tempat aku lahirkan Afiq Hazim dulu.

SALAM hospital
SALAM Hospital, Seksyen 19, Shah Alam

Sebab aku nak ulang kembali untuk dapatkan servis kat hospital swasta ini kerana….

1 – Doktor pakar yang peramah, membantu dalam memberi info tentang kehamilan juga layanan staff nurse yang budiman.

dr salam_siti mariam

Tahun lepas, hanya Dr. Siti Mariam ini sahaja doktor wanita yang bertugas untuk menyambut kelahiran. Tahun 2014 ni, aku tengok semula website SALAM Hospital, ada seorang lagi doktor perempuan.

dr salam_asmah

Sama ada aku nak stick to Dr. Siti Mariam atau nak try servis Dr. Asmah pulak. Tapi mana-mana pun sama je kan asalkan layanan yang diterima adalah baik dan memuaskan.

2 – Sudah pastinya kos bersalin di hospital swasta juga aku fikirkan. Bukan main bedal je nak bersalin kat mana. Ini pakej bersalin yang ditawarkan di SALAM Hospital

pakej bersalin SALAM hospital
Pakej bersalin SALAM Hospital

Pengalaman bersalin anak pertama tahun 2013, rezeki aku dapat wad single bedded, selesa. Senang suami nak keluar masuk nak jaga / teman aku.

Sebelum nak ‘ambil’ pakej bersalin kat sini, syaratnya kena sekurang-kurangnya SEKALI datang untuk pemeriksaan antenatal. Kos untuk pemeriksaan dalam RM 150.00. Itu tak termasuk ubat-ubatan yer. Dan aku start dapatkan pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung bila kandungan dah masuk 8 bulan. Kalau check-up bulanan, dari awal aku pergi klinik panel je. Buku check-up bulanan tu kena bawa ke SALAM Hospital sebagai rujukan untuk makluman doktor di situ tentang keadaan kehamilan semasa.

contact number appointment
kena buat temujanji sebelum berjumpa doktor

Digalakkan untuk call terlebih dahulu untuk buat temujanji sebelum jumpa doktor untuk tahu jadual waktu bertugas & dapatlah kita set timing kot-kot lah ada hal lain ke kan.

Kad temujanji
Kad temujanji

Sumber gambar dan maklumat diambil dari website SALAM Hospital & SALAM Hospital Facebook Page

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply