DEBARAN MALAM JUMAAT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Malam tadi, aku curi-curi masa untuk menyapu lantai bilik tidur di tingkat atas rumah. Macam biasa, Afiq mesti join sekali. Tak apalah, janji tak tolong buat sepah. Sejak ada penyapu ajaib ni, bertambah-tambah sifat rajin nak sapu dan mop lantai rumah. He he. Sampai suami tegur “Eeh.. sapu lantai lagi?”

Hanya kami berdua je kat atas masa tu. Aku sapu lantai, Afiq buat hal sendiri. Papanya sibuk uruskan hal dapur kat tingkat bawah.

Tengah aku menyapu lantai, tiba-tiba dengar Afiq gelak. Aku suspects dia sedang bergembira main buka tutup rak bertingkat yang ada tepi pintu bilik. Aku intai. Memang Afiq ada kat rak tu. Ok, anak dalam keadaan baik. So, aku sambung sapu lantai.

Lepas tu, aku dengar Afiq gelak lagi sambil cakap “Bye bye!”. Ah sudah! Siapa pulak di‘bye bye’ nya?

Aku intai. Aku panggil “Afiq bye bye siapa tu sayang…?” Nak tutup cuak di hati, aku saja tegur. Afiq sengih-sengih. Masa tu Afiq menghadap ke bilik sebelah yang bertentangan dengan master bedroom. Gelap di situ.

Aku ignore je. Bingung sekejap. Sambung sapu lantai semula.

Lepas tu dengar lagi Afiq gelak dan cakap bye bye lagi. Aku berhenti sapu lantai, intai lagi. Kali ni, memang Afiq lambai tangan. Apa lagi, terus aku datang dekat dan peluk Afiq. Aku tanya lagi “Afiq bye bye siapa tu…?”. Hati dah berdebar-debar ni. Terus dalam otak terfikir pasal budak kecil yang hijabnya tersingkap boleh nampak ‘benda’ yang kita orang dewasa ni tak boleh nampak!

Aku cuba tengok-tengok keadaan sekeliling, tempat Afiq dok pandang sambil bye bye tu. Rupa-rupanya…

shadow

Afiq seronok bye bye bayang-bayang sendiri! Pantulan lampu dari master bedroom mewujudkan bayang-bayang kat lantai bilik sebelah. Cis! Bikin mama cuak je budak kecik ni. Grrr…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “DEBARAN MALAM JUMAAT

Leave a Reply