‘ALAHAN’ MENGANDUNG PALING BEST TAHUN 2014 (BAHAGIAN 2)

Assalamualaikum & salam sejahtera

‘ALAHAN’ MENGANDUNG PALING BEST TAHUN 2014 (BAHAGIAN 1)

Pagi tadi pergi check-up macam biasa. Kehamilan trimester 3, 34 minggu. Harapan seperti selalunya, bahawa keadaan diri dan bayi dalam kandungan adalah sihat walafiat.

Lepas check-up, Alhamdulillah bayi dalam kandungan sihat walafiat, cuma condition aku yang ‘kureng’ sikit. Kata doktor :-

“Saya risau lah tengok awak ni Linda. Hb memanjang je low ni. Ni saya tengok kadar gula pun tinggi jugak ni. Maksimum 5.2 je. Haaa.. mesti makan banyak makanan manis ni…”

Ha ha. Aku kantoi dengan doktor yang aku ada ‘sebat’ hampir 4 biji bonut Big Apple sehari sebelum minum air gula. :-p Natijahnya, aku kena repeat MGTT lagi.

Tambah doktor lagi

“Ni kenapa berat turun pulak ni…? Kurang makan ke Linda…?”

Aku pun tak pasti tapi pandai je aku menjawab “Saya rasa saya makan seiring dengan aktiviti harian saya yang kena banyak gerak..” Previously, aku bantai kenaikan berat badan sampai 6KG / 5 minggu! Ha ha

kad checkup
Berat berkurang, Hb rendah… Doktor siap tulis guna pen merah. Aiyyooo!

Masa scan kandungan, doktor kata

“Baby besar sikit dari sepatutnya… Hmmm…”

Aku tadehal. Aku tahu itu punca dari pemakanan yang tak terjaga. He he.

Untuk naikkan semula Hb, doktor bagi supplement tambahan untuk tambah darah

saferon tablet
Saferon Chewable Tablets

Tengok nanti macam mana result Hb lepas makan tablet ni. Doktor pun ada bagi cadangan lain iaitu amalkan minum Qaseh Gold. Siap doktor cerita yang dia pun ada masalah darah rendah, amalkan minum produk tu, Alhamdulillah stabil Hb dia. In sha Allah, jika ada rezeki lebih dan aku larat nak telan macam-macam supplement, aku pertimbangkan untuk consume produk ni.

Selesai urusan di klinik panel, aku bergegas ke SALAM Hospital di Seksyen 19, Shah Alam untuk booking pakej bersalin. Kenapa aku pilih hospital swasta ni? Sebabnya aku ada ceritakan dalam entry SALAM Hospital-Hospital Bersalin Pilihan.

logo SALAM hospital

Untuk tahun 2014 ni, kata staf kat hospital tu, minimum check up adalah 3 kali sebelum kelahiran. Anggaran harga setiap kali check up adalah RM 120 (consultation fee + check up service). Kalau masuk ubat-ubatan, kos bertambah lah. Tahun lepas, at least SEKALI check up pun dah ok.

Tak fikir lama, aku terus set up an appointment untuk jumpa Dr Asmah (pakar gynae) kat situ. Beliau baru je bertukar dari SALAM Hospital cawangan Rawang ke Shah Alam. Settle! Masuk kereta, gerak balik ke office sambil berkira-kira budget untuk check up dan bersalin. He he

P/s : Trauma minum air gula pun tak lupa lagi. Dah esok pagi kena minum lagi… Alahai…

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “‘ALAHAN’ MENGANDUNG PALING BEST TAHUN 2014 (BAHAGIAN 2)

Leave a Reply