Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari ini masuk 32 minggu @ 8 bulan kandungan kedua ni. Pergi monthly check-up, prosedur biasa, ujian air kencing, timbang berat badan dan scan bayi dalam kandungan. Perkara yang paling menjadi ‘alahan’ bagi aku setiap kali pergi check-up adalah KENAIKAN BERAT BADAN. Sejarah tercipta bila….

Kenaikan sebanyak 6.5KG dalam masa 5 minggu.
Dulu masa mengandungkan Afiq, maksimum kenaikan 4KG je tau. Macam mana pulak boleh lebih kali ni. Adohai… Tapi sebelum timbang tu, memang aku ada sarapan roti telur. Errr.. ada effect ke makan betul-betul sebelum timbang berat badan sampai bertambah berat badan gitu? Ke…. alat penimbang yang rosak? He he.
Menurut babycenter.com.my
Secara umumnya, anda patut menambah berat badan sekitar antara 10KG hingga 12.5KG…
Maknanya purata kenaikan berat badan adalah maksimum ~1.5KG / bulan. Yang aku pulak hampir 4x ganda dari purata maksimum. Adeh…
Sejarah berat badan masa pertama kali mengandung, jumlah kenaikan berat badan lebih kurang 22KG! Gila! Tapi nasib baik lepas berpantang, dapat balik berat badan asal. He he.
Nasib baik jugak tak pernah kena bebel dengan doktor. Ha ha. tapi end up aku kena minum air gula je la pun kalau kes macam ni kan. Apa ada hal. Setakat minum air gula. Berperisa anggur @ oren pulak tu. He he. Tapi, ada sekali tu, pernah alami trauma minum air gula.
BMI aku kalau ikut babycenter.com.my

Kenaikan berat badan ketika mengandung itu memang perkara biasa tapi kena control lah. Kalau terlalu berat, boleh mengundang kemungkinan yang merbahaya seperti :-
- Tekanan darah tinggi
- Kencing manis
- Melahirkan bayi besar
Bila cakap pasal kemungkinan melahirkan bayi besar, doktor yang scan kandungan aku tadi ada mention “Eeh..baby awak ni besar dari sepatutnya..” Respons aku? Cooolll jer. Sebab? Aku tahu itu sebab aku terlebih makan. Lepas ni, aku jaga diet pemakanan, In sha Allah tumbesaran baby seperti yang sepatutnya.

Ok lepas bersalin nanti nak kena berpantang sungguh-sungguh!






