SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 4)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 1)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 2)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 3)

Afiq suka tengok program BabyTV di Astro channel 618 especially cerita Hippa Hippa Hey! Sekarang aku dah tahu kenapa ayah aku pasang PVR Astro. Bila tengok storage, hampir penuh dengan recorded program BabyTV je. Haaaaiihhh… Cucu sulung, untunglah!

Situasi 1 : Disebabkan Afiq hanya boleh statik selama 2 saat sahaja jika berjaga, dan untuk melepaskan lelah wan, atok, mama dan papa yang penat kejar Afiq, penyelesaiannya, play kan aje cerita Hippa Hippa Hey! tu. Pengisian program adalah berbentuk game teka-teka / suai padan barang. Cubaan adalah sebanyak 3 kali (tengok! aku pun dah hafal sebab aku pun tengok sama. Ha ha)

Afiq : Ohhhh… No No No… (Sambil gerak jari telunjuk tanda NO sebab barang tak match) 

Sampai cubaan ke-3…

Afiq : Yeahhh… *clap clap (tepuk tangan dengan suka hatinya sebab kartun berjaya padankan barang)

Habis program TV, gerak ke arah remote dan hulur pada siapa yang ada untuk play episod lain.

Afiq : Nak nak nak…!

Grrr… selagi tak bosan, asyik tayang cerita TV diaaaa jer.

 

Situasi 2 : Afiq suka cari port tepi sofa bila nak berak. Diam dan muka berkerut, dah settle, sambung main tapi tak nak duduk. He he

Atok : Afiq berak yer…?

Afiq : Taaakkkk!

Atok : Busuk ni.. Afiq busuk yer…?

Afiq : Taaakkk!

Kecil-kecil dah pandai tak nak mengaku. Atoknya lah yang mengajar ni. He he

 

Situasi 3 : Ada masa, datang degil Afiq tak nak hirau teguran orang bila kita larang buat sesuatu. Apa lagi, TERmarah lah jugak kadang-kadang sebab nak bagi warning!

Papa : Afiq! Papa cakap NO kan?! (Nada suara marah tapi tak tinggi tapi bunyi tegas)

Afiq : *Diam berdiri sambil mata renung muka papa. Otak ligat memikir apa tindakan seterusnya

Tiba-tiba…

Afiq : Ampu…. ampu… Haaaaaaa… (Lampu… lampu…) *sambil jari telunjuk tunjuk atas ke arah lampu siling. @#$%^&^%*&^@#$ (Entah apa lagi Afiq cakapkan. Lepastu dia lari selamatkan diri. pandaaaiii…)

Afiq tukar topik sebab kena marah. Sabar je lah… Ha ha

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply