Assalamualaikum & salam sejahtera
Hari ini 01 Oktober 2014, Afiq Hazim umur 1 tahun 4 bulan. Seriously, aku rasa sekejap sangat masa dah berlalu lepas lahirkan dia tahun lepas. Seminggu ni, TERpaksa tinggalkan Afiq kat rumah atok dan wan dia kat Cyberjaya. Seminggu. Pengasuh Afiq tak dapat jaga sebab anak bongsu dia kena demam campak. Bila aku cerita kat mama, maka dengan lajunya mama respon
Kebiasaannya, aktiviti pagi Afiq ketika di Cyberjaya
Mesej ni semua masa aku dan Afiq stay kat Cyberjaya sepanjang ketiadaan suami kerana bertugas ke luar negara.
Hari-hari aku akan Whatsapp dengan mama untuk tahu perkembangan Afiq. Pelik rasanya bila balik dari kerja, masuk dalam rumah, Afiq tak ada! Sunyi. Incomplete… :-( Tapi kan, bila Afiq tak ada ni, rasa macam heaven je nak buat kerja rumah. Kalau tidak, 1 kerja sampai 2 3 jam ambil masa nak siap sebab 3/4 masa kerja tu including melayan Afiq je. He he.
Tapi… bila Afiq ada…
- Kalau memasak, aku pasrah je Afiq sepah-sepahkan periuk belanga, bekas plastik yang tersusun dalam kabinet dapur. Lagi dilarang, lagi dibuat. Baik biarkan aje.
- Kalau mengemas rumah, memang kena pantang guna vakum. Bunyi vakum tu buat Afiq teriak menangis macam kena dera! Ha ha ha.
- Kalau mandi, kena mandi sekali dengan Afiq main air. Kalau tidak, sekejap sangat mandi, nanti bersilat nak bawak dia keluar dari bilik air. Hantu air budak ni.
- Kalau waktu rehat, tengok tv, aku tak akan dapat tengok TV cerita kegemaran secara terus menerus walaupun untuk 5 minit. Sama ada TV dok tayang channel fav Afiq atau Afiq ajak main bila tukar channel TV pada drama / filem.












