Assalamualaikum & salam sejahtera.
Lately, aku perasan Afiq mengigau time tidur malam. Tak berapa kerap. Setakat ini, aku perasan dah 2x. Apa yang dia igaukan? Mengigau bercakap “Nak! Nak!” Anak oiii.. Benda apalah yang kau tak dapat sebelum tidur tadi? Ke mimpi mintak makanan? Sebab selalunya time berjaga, Dalam 10x “Nak! Nak!” si Afiq ni, 9/10 daripadanya adalah mintak makanan! Ha ha. Salah ibu mengandung lah ni anak kuat makan.

Ikutkan kajian, antara beberapa faktor manusia khususnya kanak-kanak mengigau ketika tidur adalah :-
1 – Badan terlalu penat dek aktiviti fizikal
Orang dulu-dulu kata “jangan galak sangat main tu, nanti tidur mengigau!” Betullah tu kot. Nama pun anak jantan, wajiblah ligat berlari ke sana ke mari.
2 – Minda yang terlalu banyak berfikir
Budak-budak dalam proses nak membesar, belajar macam-macam. Dari situ, otak mereka akan serap dan proses maklumat yang diterima. Seterusnya mereka applikasikan dalam kehidupan seharian. Seingat aku lah, aku pernah baca fakta bahawa otak manusia tak berhenti ‘bekerja’ walaupun ketika tidur.
3 – Luahan perasaan yang tidak dapat dinyatakan sehingga terbawa-bawa dalam tidur
Situasi yang kadang-kadang dihadapi bila mana kami nak tidur awal dek penat bekerja di siang hari, konon nak tidurkan Afiq dulu. Padahal tengah ligat lagi / tak mengantuk. Ada masa tu, bersabarlah jugak layan sampai dia tidur. Bila tak sabar dek hasutan syaitonnirrajim, “AFIQ! TIDURLAH!” Grrr… Kan dah budak tu tidur dengan hati walang sebab kena marah… Sampai mengigau merengek-rengek dia masa tidur. Kesian. He he
Pernah sekali Afiq tengah tidur menangis beria sebab sebelum tu atoknya haaaiippp kan dia suruh tidur. Hu hu.
4 – Kemahuan tidak dipenuhi
Budak kecil, belum pandai berkata-kata dan mereka hanya mampu goo goo gaa gaa (bahasa bayi) untuk bagitahu apa yang dia mahu. Puas mak bapak tunjuk macam-macam “Nak apa…? Yang ini? Ke yang itu? Yang sana ke? Owh.. nak yang situ ke..?” Penghabisannya, semua tekaan mak bapak SALAH! Sudahnya, mak bapak tak faham, kemahuan anak tak dapat dipenuhi.
Nasib baik Afiq dah pandai tunjuk benda kalau nak apa-apa. So, setakat ni, Alhamdulillah tak ada masalah lagi bab kemahuan tidak dipenuhi ni. Errr.. kalau bawak pergi mall, nampak toys, cepat-cepat aku dan suami alihkan perhatian Afiq. :-D
5 – Faktor keturunan
Kata suami, aku rajin mengigau bila tidur malam. Sah lah anak ikut perangai aku. Ha ha.
Bercakap bab tidur ni, moment paling tak boleh lupa bila tidur kat hall
V
V
V
V
V

Nampak gayanya memang mama tak ada chance lah nak dapat tidur tanpa sepak terajang Afiq.







