TRAUMA UJIAN AIR GULA KETIKA HAMIL @ MGTT

Assalamualaikum & salam sejahtera

Selalunya aku dengar / baca kenyataan kawan-kawan yang pernah melalui ujian air gula @ MGTT ini. katanya “Yuucckkksss! tak sedap lah air gula. Manis gila!” tidak kurang jugak ada yang memberi reaksi loya tekak sampai muntah selepas minum air gula. Lepas itu, mengelat sembunyi hakikat yang awak tu dah muntahkan semua air gula yang diminum tadi dari pengetahuan nurse. Alasannya, tak nak minum air gula lagi sekali. Ada yang sampai 1 jam pun masih tak mampu menghabiskan 1 mug air gula. Aduhai… Dugaan menjadi seorang ibu.

Advertisement

Aku akui sememangnya air gula memang SANGAT MANIS! Alhamdulillah aku kuat untuk lalui ujian ini tanpa sebarang masalah seperti kawan-kawan lain. Mungkin sebab aku minum air gula yang berperisa. Kalau tak perisa anggur, aku dapat perisa oren. Nyum nyum! He he.

air gula
Air Gula berperisa blackcurrant

Ujian air gula atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan kepada ibu-ibu hamil ketika usia kandungan pada 20 minggu & 28 minggu (teringat doktor ada maklumkan berkenaan ini). Ibu hamil yang mengalami keadaan seperti berikut adalah diwajibkan ujian ini, iaitu :-

1 – Berat badan naik berlebihan

2 – Sejarah ahli keluarga yang mengalami kencing manis

3 – Sejarah keguguran

Ada juga doktor yang merawat aku maklumkan yang ujian ini WAJIB kepada ibu hamil yang berusia 25 tahun ke atas, bermula dari tahun lepas.

Tujuan MGTT ini adalah untuk mengenalpasti kadar gula / glukosa dalam badan sama ada kurang / lebih yang mungkin mengakibatkan kemudaratan pada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ibu hamil menghidap kencing manis, gula berlebihan akan dipindahkan kepada bayi melalui plasenta dan ini mengakibatkan saiz bayi yang besar. Ia mungkin menyukarkan proses melahirkan dan mungkin menghadapi komplikasi seperti tulang bahu bayi tersangkut. Elok-elok boleh bersalin secara normal, sudahnya kena ceaserian pula.

Prosedur biasa sebelum buat MGTT ini adalah :-

1 – Ibu disarankan berpuasa bermula jam 12 tengah malam sehingga esok hari untuk ujian air gula. Kelonggaran diberikan jika ingin meminum air masak sahaja!

2 – Sebelum minum air gula, nurse akan buat ujian darah terlebih dahulu untuk sukat kadar gula dalam badan sebelum ujian.

blood-sugar-test-hyman

3 – Tunggu selama 2 jam (tanpa dibenarkan makan / minum). Aktiviti semasa menunggu adalah bebas :-D

4 – Berjumpa nurse kembali untuk buat ujian darah semula.

Keputusan ujian MGTT ini haruslah berada dibawah bacaan 7.8 (bacaan sukatan aku tak pasti. He he) bagi menandakan bahawa kandungan gula adalah OK dalam badan.

Dalam banyak-banyak kali aku minum air gula, jumlah keseluruhan setakat ni adalah 4 kali, (kiraan dari mengandung kali pertama sehingga kini yang ke-2) ada 1 kali ni aku rasa macam ‘trauma’ dek ujian ni. Ikutkan tarikh 19/08/2014 aku kena minum air gula untuk kali pertama bagi kehamilan ke-2 ni. Sudah semestinya aku berpuasa makan bermula 12 tengah malam semalam. Sampai di klinik jam 9.45 pagi. Aku lalui prosedur biasa. Sehinggalah tiba waktunya selepas 2 jam, aku kembali semula ke klinik untuk bacaan darah selepas MGTT. Tiba di kaunter, nurse kata “tunggu kejap ye puan, jap lagi saya panggil”. Aku tengok jam, “Owh..awal lagi, baru 11.30 pagi. Ada 15 minit lagi”. Aku pun menunggu dengan penuh sabar dan lapar kerana berpuasa tanpa sahur.

Aku leka melayan FB sampai…. “Puan Nor Azlinda…” Terdengar namaku dipanggil. Aku menuju ke kaunter dan terlihat air muka nurse yang berkerut sambil berkata “Alamaaakkk puan… dah terlebih time ni.. dah pukul 12.30 ni. Tak boleh dah nak ambil darah… Nanti bacaan turun…” Aku pun dengan hati yang sedih dan muka yang entah macam mana rupa “Alaaa..ye ke…? still tak boleh ambil darah jugak ker walaupun saya tak makan minum pun lagi ni sejak MGTT tadi…” Aku merayu namun nurse tetap dengan jawapan sama bahawa bacaan tak akan accurate lagi. Nurse pun tak sedar yang jam dah terlebih time. Kesimpulannya, aku diarahkan untuk minum air gula sekali lagi esok nya (20/08/2014).

Sumpah aku sedih sampai rasa nak menangis kat depan nurse tu jugak! Sebab apa? Sebab… lama kot aku tahan lapar! Sudahlah berpuasa tanpa niat dan tanpa sahur dari malam semalam. Aku ‘korban’kan sarapan pagi dan ditambah dengan penat drive sejauh hampir 45km. Ditambah lagi encik suami berjauhan yang sememangnya nak balik Malaysia pun kena 16 jam travel baru sampai. Sadis tau! Lapar mama….

Hari ni 20/08/2014 aku buat sekali lagi MGTT tu, Alhamdulillah bacaan pun ok. Sebelum 4.8, selepas 5.6 je :-)

Nasib baik air gula tu sedap tau! Kalau tidaaakkkk, memang aku menangis betul-betul depan kaunter dan depan nurse tu sebab LAPAR + SEKSA MINUM AIR GULA!

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

6 thoughts on “TRAUMA UJIAN AIR GULA KETIKA HAMIL @ MGTT

Leave a Reply