KISAH PENYAPU AJAIB!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Doraemon dan penyapu

Advertisement

KISAH PENYAPU AJAIB!!! (nada suara Doraemon) :-D

Penangan entri Penyapu Ajaib Daiso dalam blog Pinky Mommy, aku TERbeli lah penyapu ajaib untuk tujuan membersihkan rumah dengan lebih mudah dan pantas.

Jpeg
Penyapu ‘ajaib’ & Wet sheets for a flooring wiper

Cara penggunaannya, amat mudah. Selitkan aje wet sheet tu pada lubang kat penyapu ajaib. Ada jugak dry sheet. Yang itu aku tak pasti macam mana ia berfungsi. Rasanya macam sapu lantai guna penyapu biasa lah kot. Sebab kalau kering, macam mana pulak habuk nak melekat kan?

Selitkan aje
Selitkan aje

Gosok macam sapu sambil mop. Tak payah risau habuk ‘lari-lari’. Kerja menyapu lantai pun tak stress!

Kotoran melekat pada wet wipe.
Kotoran melekat pada wet sheet

Lepas sapu, cabutkan ajer wet sheet, dan buang! Kerja menyapu lantai rumah jadi mudah dan kos pun murah. Kalau dah penuh sangat kotoran pada wet sheet tu, tukar aje wet sheet yang baru. Simple!

KOS = RM 5 (Batang penyapu) + RM 5 (Wet wipes) = RM 10

Aku beli kat kedai serbaguna Daiso. Lepas ni, restock wet sheets ajer la.

Senang! sapu dan mop lantai dalam 1 masa. Habuk pun tak ‘lari-lari’ bila menyapu. Dan lebih praktikal untuk surirumah bukan sepenuh masa macam aku, tambahan ada anak kecil sebab kena make sure lantai rumah terutamanya, mesti dalam keadaan bersih. Laratlah pulak kan hari-hari nak menyapu beserta dengan mop lantai. Lagi-lagi bila badan dah berat sebab perut makin membulat ke depan. Itu belum campur dengan stress sebab habis sapu lantai je mesti “Eeh… ada balik habuk ni. penat aku sapu 10x sehari pun terbang-terbang jugak habuk!”

Paling best bila time sapu lantai guna penyapu ajaib ni, boleh main acah-acah dengan Afiq. Aku main sodok-sodok kaki dia. Geram sebab asik mengekor je aku ke mana aku pergi dalam rumah. Ha ha. Kiranya fungsi lain selain membersihkan rumah, ia juga boleh digunakan untuk bergembira bersama anak tersayang. Ha ha

Pantang aku letak sekejap, Afiq dah buat sorong penyapu ni. Grrr…

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply