SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 5)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 1)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 2)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 3)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 4)

Hari raya Aidiladha hari tu, aku sekeluarga balik kampung sebelah mertua di Manjung, Perak. Lebih 2 bulan tak balik sana sejak suami bekerja luar kawasan. Jalan raya sesak dengan kenderaan dan tidak kurang jugak trak besar pun nak menyibuk balik kampung. Lalu pulak jalan kampung. Haaaiihhh…

Sepanjang perjalanan, macam-macam kenderaan aku kenalkan pada Afiq. Pengenalan kepada kenderaan di alam realiti adalah perlu selain dari belajar teori yang ada dalam buku.

 

Situasi 1 : Sebab nak hilangkan mengantuk juga kebosanan aku dan anak, dengan gigihnya aku sebut sebuah demi sebuah jenis kenderaan yang lalu lalang atas jalan raya. Selama hampir 4 jam perjalanan, membuatkan anak kecil yang tidak biasa duduk lama dalam kereta menjadi sangat letih. So, malam pun tidur awal. TIba-tiba, Afiq terjaga tengah malam

Aku : Afiq… (saja tegur)

Afiq : (bunyi badan golek-golek atas katil) Big truck!

Aku : (Dalam hati) Eeh..tiba-tiba je! tu lah, banyak sangat jumpa trak atas jalan raya…

 

Situasi 2 : Tengah tengok TV, terdengar bunyi sebuah bas sekolah lalu di depan rumah. Tiba-tiba Afiq pandang aku,

Afiq : BIG bus!

Aku : Hoh! tauuu jer. Tengah tengok tv pun boleh ‘tegur’ benda lalu.

Afiq sambung tengok TV.

Sekarang ni, apa-apa benda nampak besar pada mata Afiq, mesti Afiq akan sebut BIG kat depan. Lepas ni, mama nak ajar “Afiq… AEON BIG! Jom!”. Lepas tu cakap ayat tu selalu pada papa. Ha ha.

 

Situasi 3 : Macam biasa, bila balik rumah mertua di Perak, mesti akan singgah 1 kedai ni jual hasil laut. Borong ikan bilis. Dalam pada menunggu suami memilih stok ikan bilis, aku dan Afiq pusing dalam kedai. Lumrah budak kecil, mesti nak jugak sentuh / pegang sesuatu yang dia nampak.

Aku : Afiq… Don’ touch okay… (aku bagi reminder sebab banyak botol kaca dalam rak)

Afiq ronda kawasan, dengan tangan mendepa sambil lari-lari anak. Sampai pada rak botol kaca, tangan dah nak sentuh botol kaca!

Aku : Afiq…!

Afiq : Doooonn’t tou…..ch!

Lepas tu dia sengih, larikan diri. Ceh! Berani acah-acah mama eh?

Lambat sikit lidah dia nak sampai sebutan ‘ch’ tu. Mungkin nak adjust. Boleh lah, janji dengar bunyinya. He he

Buat masa ni, perkembangan Afiq pada usia 1 tahun 4 bulan, beliau boleh menggabungkan 2 patah perkataan. Kena ajar sebut “Mama cantik!” lah macam ni. Lalala~

Afiq Tumbuk
Apa tengok-tengok? Nak kena tumbuk?

 P/s : jika anak masih tak bercakap pada usia 2 tahun, maka anda perlu bawa anak berjumpa speech therapist.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply