KOS SEBELUM BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA : SALAM SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL

Assalamualaikum & salam sejahtera

Jika ada rezeki lebih, tidak salah jika melabur pada hospital swasta untuk keselesaan diri dan juga mengurangkan kesesakan di hospital / klinik kerajaan. Memandangkan sejarah melahirkan anak pertama sebelum ini adalah di SALAM Hospital, so aku tetap memilih untuk dapatkan servis kat hospital swasta yang sama untuk kali ke-2.

Jumaat lepas, 1st time datang untuk antenatal check-up. Untuk rekod hospital, minimum pemeriksaan adalah 3x. Sebelum set appointment dengan doktor, aku tanya dulu kos pemeriksaan. Boleh budget kewangan yang ada.

Bil-rawatan-SALAM

Masih dalam kemampuan untuk 3x check-up. Itu belum ambil ubat / vitamin ibu mengandung. Stok ubat aku ambil kat klinik panel. Dan aku masih lagi buat pemeriksaan di klinik panel sebab nak ambil stok ubat.

Appointment jam 10.00 pagi, tapi seawal sebelum jam 9.00 pagi aku dah datang untuk register. Sebab? Kalau datang betul-betul jam 10.00 pagi, jam berapa pulak kan nak sampai turn aku untuk jumpa doktor. Dengan seawal itu, aku berjaya dapat giliran nombor SATU! Ha ha. Menunggu lah 1 jam. Jumpa doktornya tak sampai 30 minit pun. Ho ho.

ruang menunggu SALAM
Ruang menunggu di bahagian paediatric

Ruang menunggu yang masih kosong ketika jam 9.00 pagi. Kalau kat klinik kerajaan, datang jam 9.00 pagi, entah-entah nombor giliran dah habis!

Sempat jugak aku berborak saja ramah mesra dengan Dr Asmah time dia tengah scan perut. Dalam pada tu, ada juga input berfaedah yang dia sarankan untuk kesihatan aku dan bayi dalam kandungan.

Macam biasa, haruslah ada bukti kedatangan untuk pemeriksaan di hospital. Karang bos tengok anak buah menghilang sampai 2 3 jam, kata ke hospital, tapi tak ada bukti.
timeslip SALAM

Lepas selesai proses di kaunter bayaran, aku lepak dalam 30 minit kat lobi sebab tunggu suami sampai untuk menjemput. Sambil-sambil layan game Candy Crush. Ha ha.

Jpeg

Next appointment = 31/10/2014. :-D

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

7 thoughts on “KOS SEBELUM BERSALIN DI HOSPITAL SWASTA : SALAM SHAH ALAM SPECIALIST HOSPITAL

Leave a Reply