SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 6)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 1)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 2)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 3)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 4)

Siri Bercakap Dengan Anak (Bahagian 5)

Minggu ni pun tak dapat hantar Afiq ke rumah pengasuh sebab anak jagaan seorang lagi belum baik dari chicken pox! Adeh… Berjauhan lagi dengan anak sampai Deepavali ni. Nak buat macam mana, rindu bagai nak mati pun, kenalah tahan jugak dari tanggung seksa kalau Afiq berjangkit dek chicken pox tu.

Dan macam biasa, hari-hari mama WAJIB untuk laporkan perkembangan & kesihatan juga kerenah Afiq sepanjang stay kat sana.

Situasi 1 :

anak bercakap

 

Situasi 2 : Kalau Afiq jumpa mana-mana atau apa-apa tempat yang best untuk duduk terutamanya kerusi meja makan sebab dia rajin ajak orang makan. Ha ha.

Afiq : Nak do..dok! Nak do..dok! (Nak duduk! nak duduk! Sambil tepuk tempat duduk itu)

 Lepas dah dudukkan dia, habis bagi makan dan tunjuk bekas kosong

Afiq : Da abissshhh… (sambil buat gaya tangan dah habis)

Lepas tu turun larikan diri pergi buat sepah kat tempat lain pulak.

 

Situasi 3 : Bila aku geram sebab Afiq buat sepah dan aku dah tak larat nak kemas,

Aku : Nanti kau… nanti kau… (konon-konon marah sambil hayun jari telunjuk)

Afiq dengan bahagianya tiru gaya aku sambil tersengih kegembiraan sebab atok dia ajar itu adalah gaya nak sakat orang. Grrr… Nasib baik wan Afiq (mama aku) ajar Afiq cara nak ambil hati bila orang ‘marah’

Afiq : Ampuuuunnnn… (sambil buat gaya ampun macam sembah raja)

Hilang ‘marah’… He he

p/s : Kena rajin berkomunikasi dengan anak jika nak anak cepat bercakap. Bila anak dah boleh bercakap (walaupun perkataan pendek / asas), senang sikit nak faham.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply