BAGAIMANA ‘CHICKEN POX’ BERJANGKIT?

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejak sandang gelaran IBU / BAPA, aku jadi rajin dan banyak membaca dan belajar perihal anak. Sekarang ni dalam keadaan dilema nak hantar anak ke rumah pengasuh sebab kata pengasuh, anak jagaan yang seorang lagi macam ada simptom-simptom chicken pox. Badannya berbintik-bintik dan panas. Pengasuh agak-agak budak tu berjangkit dari anak beliau yang sebelum ini sakit tu lah. Seminggu sebelum Hari Raya Aidiladha hari tu, Afiq berkampung kat rumah atok & wan dia di Cyberjaya.

Advertisement

Sekarang ni, seminggu kena berkampung kat sana. Langkah berjaga-jaga. Haaiihh… penat jugak ni kalau ulang alik. Badan dah tak larat ke hulu hilir jauh-jauh.

jangkitan demam campak

Masa aku darjah 3 pernah kena sekali penyakit ni. Bermula dari ‘ibu’ kat belakang telinga. Berjangkit dengan budak kelas yang duduk depan. Seminggu TERPAKSA ponteng kelas. Gatal memang aku tak boleh lupa. Habis putih-putih 1 badan ni mama sapu dengan ubat gatal. Nasib baik tak ada parut. He he.

Aku terbaca kat sini, katanya adalah berisiko bagi ibu mengandung jika dekat atau bergaul dengan pesakit chicken pox sebab virusnya boleh mengakibatkan

1 – bayi dalam kandungan akan lahir pra-matang

2 – keguguran

Harap sangat masa aku tengah mengandung ni, janganlah Afiq kena penyakit ni. Afiq naik ruam panas kat badan pun aku dah runsing fikir kot-kot lah salah 1 gejala…

simptom chicken pox

Semalam Whatsapp dengan pengasuh Afiq, dia sent gambar anak jagaan yang seorang lagi…

demam campak
Sian fakhry…

Hoh! Memang kirim salam lah aku nak hantar Afiq ke pengasuh buat masa ni.

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “BAGAIMANA ‘CHICKEN POX’ BERJANGKIT?

    1. kira cepat jgak sembuhnya yer 3 hari je.. selalunya org plg min 1 minggu. budak2 kan…mana ingat dia sakit.asal larat, dia main je..hehe

Leave a Reply