PENGALAMAN BERSALIN KALI KE-2 : MUDAHNYAAA!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Alhamdulillah dalam usia 3 tahun perkahwinan, aku dan suami dikurniakan 2 orang cahaya mata lelaki. Pada 14 November 2014, bersamaan hari Jumaat pada jam 2.50 petang, aku selamat melahirkan zuriat ke-2 kami.

Mengandung dan bersalin kali ke-2 ni rasanya macam tak banyak lah ragam. Bersalin pada usia kandungan 39 minggu dan dalam situasi yang tak disangka…

 status facebook

 

Konon nak pergi check-up untuk kandungan di usia 39 minggu, kali pertama dan terakhir ditemani suami. Kebetulan perut rasa sakit kontraksi. “sayang bersalin hari ni kot.. “ kata suami bila aku mengadu sakit perut. Masa doktor scan perut…

 Doktor : Awak tak ada rasa sakit perut ke? Ni saya tengok baby dah engaged betul dah ni..

Aku : Ada jugak sakit bawah perut ni ha. Tapi tak kerap sangat. Ada la dalam 1x siang & 1x malam. Cuma bila datang sakitnya, dalam 5 minit la saya tahan sakit…

Doktor : Meh la saya check ‘jalan’

Doktor buat VE (vaginal examination) time tu jugak dan keputusannya…

Doktor : Eeh.. dah bukak 5cm dah ni. Terus masuk labour room (LR) lah camni.Nanti saya suh nurse hantarkan awak ke sana.

Aku : Alamak! *aku garu kepala sebab rasa macam tak ready lagi nak bersalin harini.

Aku terus pandang muka suami. Memang masin mulut dia kata aku akan bersalin hari ni.

Doktor : Kenapa? Eh… beg baju dah ada tak? Saya memang tak lepaskan awak untuk balik! Memang nampak gayanya awak akan bersalin hari ni.

Aku : Dah ada. standby dalam kereta pun…

Doktor : Macam mana lah awak boleh tahan je sakit? Patient saya yang lain tu, ada yang sakit sikit je datang. Banyak kali datang tapi tak bersalin jugak (dalam masa terdekat).

Aku : Sebab yang saya tahu, bila sakit tu kerap dan dalam sela masa dekat-dekat (cth kekerapan : 1 minit sekali) barulah kena datang hospital.

Doktor : Pain endurance awak ni tinggi betul! Bersalin yang lepas pun awak tak amik apa-apa ubat kan?

Aku : saya tak mintak tapi nurse yang rajin g cucuk painkillers dan paksa saya sedut gas etonox! Haihhh…

Doktor : Laaahhh…..

So, tunggulah kejap nurse untuk bawak aku terus masuk LR. He he. Padahal, sebelum scan, doktor siap bagi tarikh untuk induce. In case, kalau tak bersalin lagi walaupun dah sampai EDD (Expected Delivery Date). Patutnya EDD pada 21 November 2014.

Doktor : Nampak gayanya saya cancel la appointment induce minggu depan yer. He he

Jam 11.30 pagi, masuk LR, tukar pakaian, nurse masuk ubat bontot suruh berak. Then, prosedur biasa, ‘lepak’ dalam LR sambil ditemani bunyi mesin CTG untuk pantau degupan jantung bayi dan kadar kontraksi.

Jpeg
Mesin CTG (Cardiotocography)

Alahai… jam dinding depan mata. Aku dok tengoook je jam digital. Toleh sekali, baru anjak 2 minit. Toleh lagi, baru 2 minit lagi. Dan sampai ke sudah aku asik toleh ke jam. Dahla ‘lepak’ sorang kat situ. Nasib baik nurse ‘on’ kan TV. Dalam pada menahan sakit kontraksi tu, layan jugak la program ‘Wanita Hari Ini’ kat TV 3. Suami pulak terpaksa balik dulu untuk uruskan hal anak sulung, Afiq.

Tak lupa, aku tengok jam lagi. Adohai, dah 3 jam ‘lepak’ kat LR. Last sekali aku perasan nombor kat jam digital tu,2.15 petang! Hoi! dah datang dah sakit tahap menggigil badan (lepas nurse pecahkan air ketuban guna batang apa entah) tapi… suami tak sampai-sampai lagi. Nak nangis rasa bila fikir aku kena berjuang sorang-sorang nak push jap lagi.. T_T

At last, 2.30 petang, Alhamdulillah, suami muncul. Lega…

Pastu, datang pulak Doktor!

Doktor : Haaa… betul tak cakap saya yang awak akan bersalin hari ni? Jalan pun dah senget ada hati nak balik… He he

So, dengan 2x push, lahirlah Arif Hazim ke dunia:-)

 bersalin

 

ArifHazim
Arif Hazim

Insha Allah jika ada kesempatan lain, aku kongsikan tentang kos bersalin kat SALAM Hospital pulak :-)

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “PENGALAMAN BERSALIN KALI KE-2 : MUDAHNYAAA!

    1. ERK! x pasti lah. hehe. sekarang ni tengah rasa penat sgt badan jaga 2 orang budak kecik yang asik nak manja ngan mama dia je.phewww…

  1. go linda…produce baby lagi…hehehe ramai anak meriah…
    tapi apa2 pun berbalik kepada rezeki dari Allah Taala…tahniah..sng plak nengok bersalinnya…

Leave a Reply