[PENGALAMAN] SERONOK BERURUT SELEPAS BERSALIN DI ROSENA SPA

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lepas bersalin, aku tak tunggu lama untuk dapatkan khidmat berurut ketika dalam pantang. Motif? Nak lancarkan aliran susu badan supaya senang aku nak susukan Arif.

Sakit semasa berurut? Memang tak dinafikan ianya sakit! Nak betulkan urat-urat yang tersimpul, kembang dan berselirat memang bukan proses yang mudah. Tapi kali ni, tak kena macam pengalaman berurut tahun lepas sampai bentan urat seminggu! Gila! Dalam pantang pulak tuh… Masa ni aku berurut dengan bidan kampung.

Kali ini, aku cuba berurut cara spa. Sebab? Aku nak suasana yang tenang dan selesa masa nak hadap sakit kena urut. Ha ha.

Aku pilih Rosena Spa yang terletak di kawasan Puchong. Kebetulan aku berpantang di rumah mama dan ayah kat Cyberjaya. Dekat sangat dah. Cuma… spa ini BELUM lagi menyediakan servis datang berurut di rumah. Pelanggan yang kena datang ke spa.

Recommended by my SIL, yang pada awalnya buat facial treatment kat situ. Kebetulan aku borak-borak dengan SIL pasal nak berurut kat spa selepas bersalin, dia pun terus cerita pasal Rosena Spa ada buat Postnatal Package. Ada 1X, 3X atau 5X urutan. Aku pilih pakej 3X urutan. Ngam-ngam lah tu. Tak kurang tak lebih.

Jpeg

Untuk servis sengkak tu, excluded dari pakej asal. Aku top-up tu. Orang kata sengkak peranakan elok untuk jaga rahim wanita :-) Yelah, kan badan wanita ni nak ‘guna’ lamaaaa….

Yang buat aku tak ragu-ragu malah terus pilih Rosena Spa sebab SIL kata stafnya sangat peramah, servis bagus dan suasana spa yang saaaangat selesa WALAUPUN SPA SEBENARNYA DALAM RUMAH bukan shoplot atau butik/salon besar.

Betul kata SIL. staf memang peramah. Kak Nurul, Kak Aireen dan Mama (Pengasas Rosena Spa) rajin bercerita dan berkongsi tips kesihatan dan kecantikan. Masa berurut pun sempat jugak kami borak-borak. Berurut dengan Mama, bagusnya sebab dia amalkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Paling bestnya, badan aku ni merasa ‘air tangan’ urutan mereka bertiga which is memang hanya mereka bertiga sahaja yang uruskan pelanggan kat situ. He he

Jpeg
Laman utama Rosena Spa. Alamak! gambar kabur. Kamera tak canggih. He he
Jpeg
Di sepanjang laluan, kiri kanan adalah bilik rawatan, jakuzi dan bilik sauna. Hujung sekali toilet yer. :-D

Dengan alunan muzik yang tenang, suasana damai dan sejuk mata memandang serta layanan istimewa, memang berbaloilah ‘beli’ servis di sini.

FYI, HQ Rosena Spa terletak di Kuantan Parade, Kuantan Pahang.

Result? Alhamdulillah, badan terasa lebih ringan, segar dan cergas ketika bangun pagi dan tak mudah penat. Mungkin masa proses bersauna, habis keluar toksin yang mem’berat’ dan me’malas’ kan badan. Ha ha.

Paling penting dan paling seronok, aku tak kena bentan urat hoiii! Alhamdulillah…

Sebenarnya, elok untuk wanita selepas bersalin untuk bersauna dan bertangas. Sebab? buang toksin / kotoran dalam badan untuk melancarkan aliran darah dan menyegarkan badan yang sekian lama ‘bekerja’ ketika mengandung dan semasa proses melahirkan. Juga untuk buang darah kotor selepas bersalin.

Sebarang pertanyaan atau nak tahu maklumat lanjut, bolehlah tengok FB Page Rosena Spa.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *