SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 7)

Assalamualaikum & salam sejahtera

Lama tak update blog. Sibuk dengan kehadiran ahli keluarga baru. Alhamdulillah, 14 hari berpantang hari ni :-)

Nasib baik Afiq boleh terima kehadiran si adik. Tak kacau malah tak heran pun dengan adiknya kecuali kalau adiknya menangis, baru Afiq datang dekat then cium adiknya.

Tapi..sejak ada adik ni,Afiq kuat merajuk. Kadang-kadang sajaaaa je buat-buat merajuk. Well, nak perhatian la tu.

Dalam pada kuat merajuk, Afiq pun berubah dari segi pertuturan seiring dengan usia sekarang 1 tahun 5 bulan. Perkataan-perkataan asas yang ada 2 sebutan memang mudah sangat dia ikut. Alhamdulillah, semoga Afiq cepat pandai bercakap dengan lebih lancar supaya senang nanti mama nak ajak borak-borak @ senang nak buat report kalau ada orang usik. He he.

Antara rutin harian adalah training dia bercakap perkataan yang mudah. Contoh situasi :

Aku : mama.. mama… (baca mama… ooo… mama…)

Afiq : mamaaa… mamaaa…

Aku : papa… papa…

Afiq : papaaa…papaaa…

Aku : adik… adik…

Afiq : adiiikk… adiiikk… (sambil tunjuk adiknya yang tengah tidur)

Aku : afiq… afiq…

Afiq : apiiikk.. apiikk…

Aku : atok… atok…

Afiq : atoook… atoook..

Aku : cucu atok, angkat tangan!!!

Afiq : cucu toookk! (Angkat tangan)

Aku : wan… wan…

Afiq : (kriiik..kriiikk..) Afiq sengih aje

Entah lidah dia tak reti sebutan W ke apa? Patutla bila aku ajak afiq kira one two three mesti Afiq tak sebut ONE! Terus lompat ke two. He he.

Kecik hati wan Afiq tak panggil wan.. Keh keh keh

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

4 thoughts on “SIRI BERCAKAP DENGAN ANAK (BAHAGIAN 7)

  1. Tapi Alhamdulillah kan bila anak dah ada tanda nak bercakap dari diaaaammmm je…nti dia bljr la sebut betul2 :-)

  2. perangai budak2… memang budak2 ni, masa awal-awal tu memang ada perkataan yang dia susah nak sebut, macam anak bongsu saya, dulu masa awal2 pandai bercakap, semua benda kita ajar dia boleh ikut kecuali lori, dia akan sebut illem(lebih kurang cam tu la bunyinye) hehehe

    1. pergghh! lori jd illem?keh3..
      dah nama pun budak kan..baru nak belajar mestilah ada yg dapat ada yg x dapat ye x?:-)

Leave a Reply