KEMBARA SUSU IBU (BHGN 8) : PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI KE PEJABAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bhgn 1) : Susahkah Menyusukan Bayi Baru Lahir

Advertisement

Kembara Susu Ibu (Bhgn 2) : Perutusan Buat Suami Yang Menyusukan Anaknya..

Kembara Susu Ibu (Bhgn 3) : Pam Susu Ohhh Pam Susu…

Kembara Susu Ibu (Bhgn 4) : Kisah Konflik Ayam, Sotong & Daging Dengan Susu Ibu

Kembara Susu Ibu (Bhgn 5) : Milkbooster & Milkkiller Untuk Mama

Kembara Susu Ibu (Bhgn 6) : Tips Mudah Untuk Tadah Susu Badan Supaya Tak Membazir!

Kembara Susu Ibu (Bhgn 7) : Cara Mudah Untuk Bekalkan Susu Badan Pada Pengasuh Anak

Dah lebih seminggu mula kerja sejak ‘naik’ dari cuti bersalin 90 hari. Misi penyusuan tetap diteruskan. Untuk persediaan, kali ni, macam-macam alat / barang aku bawak! Itu pun rasa macam tak lengkap lagi. Lagi senang kalau bagi direct feeding pada anak. Selak baju, naaahhh! hisap lah susu sampai terkulai, lalok. Macam bagi dadah pulak rasanya. Ha ha.

Jpeg

Dari kiri : cooler bag diisi dengan 3 ice packs, pencuci botol, Avent breast shell (depan), storage bottle (‘transit’ susu bila penuh dalam botol pam), breastpump set, plastik simpan susu.

Cuma berus botol je tak ada dalam gambar ni sebab elok dia ‘duduk’ kat tapis dalam pantri office :-D

Oh ya… Marker pen biru tu untuk tulis date & time bagi setiap susu perahan yang disimpan dalam plastic storage.

Paling penting, bekalan yang WAJIB ada…

Jpeg

AIR MASAK!!!! Botol kiri, 1L. Botol kanan 1.6L. So, untuk hampir 9 jam tempoh bekerja, aku akan penuhkan perut ni dengan 2.6L air masak. Hauuusss berganda-ganda dari biasa. Lagi-lagi musim panas sekarang ni. Memang kena sentiasa hidratkan badan supaya tak dehidrasi. Karang susu badan drop, susah pulak.

In sha Allah tak akan kembung perut ni dek air sebab, setiap 3 jam, kena pam susu. belum kira berapa kali ulang alik pergi toilet. He he.

*Tiba-tiba teringat Doktor Asmah yang sambut kelahiran Arif, puji air kencing aku nampak bersih. Keh keh keh.

Kembung bagpack dengan alatan ‘perang’ semua ni. Sampai bos kata aku dah macam kura-kura kalau pandang dari belakang! Ha ha. Kura-kura pun kura-kura lah bos… Janji Arif kenyang dengan susu badan :-D

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “KEMBARA SUSU IBU (BHGN 8) : PERSEDIAAN UNTUK KEMBALI KE PEJABAT

Leave a Reply