Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kembara Susu Ibu (Bhgn 1) Kembara Susu Ibu (Bhgn 2)
Kembara Susu Ibu (Bhgn 3) Kembara Susu Ibu (Bhgn 4)
Makin dekat hari nak masuk kerja, makin giat aku usaha untuk tambah stok EBM untuk Arif. Risau nanti bila dah start kerja, dengan badan penat, tuntutan waktu kerja yang kadang-kadang mungkin sibuk sampaikan masa / jadual mengepam susu jadi ‘kelaut’!
Hujung minggu hari tu, sempat berjalan 1 family ke KL. Singgah Jusco kat AU 2, dan kebetulan dah start promosi jualan sempena Chinese New Year. Lalu, terjumpalah benda alah ni
Kecik je kotaknya dalam saiz 1/2 kertas A4. Harga RM 1.48 / kotak. Apsal harga kena ada 8 sen? Letak lah harga genap-genap kan senang:-p
Dan makanan ini diakui boleh menjadi milk booster (penggalak susu) untuk kebanyakan ibu menyusu. Sebelum ni memang aku nak cari tapi macam tak nampak pulak kat mana kedai sensei aku boleh jumpa. Padahal 24 jam dok dalam rumah, mana nak nampak nya? He he.
Resepi mudah, ambil dalam 10-15 biji then rebus kurma merah ni dengan 1 Liter air, selama 5 – 10 minit pun cukup.

Yang ini air rebusan kurma biasa yang ada biji tu. Yang kurma merah aku belum buat lagi. Ha ha.
Takkan lah nak teguk sekali harung air ni kan? Maunya terkucil tak henti-henti. He he. Aku simpan dalam peti sejuk. Bila nak minum, aku keluarkan awal-awal untuk kurangkan / hilangkan sejuk. Then barulah aku minum. Maniiissss…. Itu aku tak campur gula. Ada setengah orang buat campur gula.
Errr.. agak-agak boleh kena kencing manis ker kalau minum air rebusan kurma yang manis ni banyak-banyak?
Another milk booster for me…

Wajib makan nasi paling kurang 1x sehari. Kalau dapat makan nasi setiap kali waktu makan (pagi, tengah hari dan malam) laaagiii bagus! Maklumlah, ibu menyusukan ni sentiasa lapar. Kelebihan ibu yang breastfeed kan anak ni, in sha Allah akan maintain slim walau makan banyak macam bela saka. Ha ha.
*Dalam seminggu, dah 2x aku bantai makan donut Big Apple 4 biji x 2 kali = 8 biji. Phewww! bergelen lah air masak aku kena minum nanti. He he,
Minuman kegemaran aku walau di mana sahaja aku berada…

Botol 1.6 Liter aku usung pergi office, pergi dating, ke hulu ke hilir dalam rumah. Nikmat oi air masak! Hilang dahaga.
Dalam pada aku ghairah nak cari milk boosters, aku kena berjaga-jaga juga dengan milk killers! Silap makan / minum, langsung kering susu badan nanti.
Aku kenalpasti ini adalah salah 1 milk killer untuk aku! Ada jugak kata minuman berais antara milk killer paling famous!
Lain badan, lain penerimaannya…
Susu dah galak. Lepastu terfikir pulak nak pekatkan susu. Banyak aku jumpa iklan terutamanya di FB tentang produk yang membantu dalam hal ni. Aku kalau bab makan /minum, agak payah nak mencuba. Sebab? nanti kesannya, terutamanya kesan buruk, aku dan Arif jugak yang rasa!
Jadi aku percaya pada khasiat susu.

Tujuan aku consume susu Anmum ni, supaya dapat bekalkan nutrien untuk badan aku dan juga Arif. Especially bab kalsium!
Sekarang ni, segala macam produk / supplement dah wujud sebagai milk booster. Tapi end up, mesti tukang jual tu kata “… selain makan produk ikut jadual, jangan lupa kena banyakkan minum air!”
Eh… apa-apa pun, back to basiclah. Nak produce cecair (susu), kena refill badan dengan cecair. Jadi, jom banyakkan minum air!









kak.. yan buat kurma merah dengan longan kering..pastu rebus dengan daun pandan campur gula melaka.. hehehe..sedapppp.. memg milk booster tuuu.. amalkan dr zaman pantang..tp sakit hati jugak laaa kite buat untuk kite siap2 simpan dalam peti ais..tapi ada tikus mondok tukang perabis kan.. (encik suami & adik2 sy laa.. berebut lagiii tuu..)
sebab sedap la ‘tikus mondok’ tu perabis. haha..uiii..cmpur gula melaka, laagi sedap! maniiisss! hehe.nti nk try laa…