Assalamualaikum dan salam sejahtera
Rasanya dalam sebulan lepas, aku ada hantar permohonan untuk jadi ahli kelab EnfaMama A+. Lepas tu, gatal-gatal je aku request sampel susu yang memang Afiq minum pun. He he. Saja nak test kot dapat ke tidak. Tiba-tiba, suami yang rajin sangat check peti surat (boleh kata setiap hari dia akan check peti surat), bawak masuk 1 kotak Enfagrow A+
Yihaaa! dapat! Ha ha.
Setakat ni baru 270 points. Ada lagi tin aluminium foil yang aku tak hantar lagi tu. Nanti dah banyak point, aku try pulak redeem barang. Nak tengok dapat ke tidak! Boleh camtu lak? Ha ha.
Si Afiq pulak, dah kenal simbol susu dia, dengan tak menyabarnya nak bukak kotak tu. Sempat jugak aku bergaduh main tarik-tarik kotak dengan Afiq sebab nak snap picture untuk upload dalam entri ni. He he.
Kemain… siap meniarap nak membukaknya puuunnn… He he.
Dah bukak, isinya…
Gambar kabur sebab nak cepat snap. Lepas tu terburai isi kotak di’lapah’ dek Afiq. He he.
Kalau nak try sampel susu, boleh mintak kat Enfagrow.









