Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lagi 30 hari aku akan mula bekerja. So, untuk teruskan bekalan susu badan untuk Arif, haruslah aku berusaha sediakan stok yang mencukupi untuk beliau. Kalau dapat lebih, Alhamdulillah.
Aku mula kumpul stok susu EBM (Expressed BreastMilk) pada minggu ke-3 selepas Arif dilahirkan. Berpandukan konsep ‘supply vs demand’, di samping aku usaha untuk jaga makan minum, Alhamdulillah dalam masa 1 bulan, in sha Allah inilah stok susu untuk Arif buat masa ini…
Dah ‘bergaduh’ sakan dah ayam, sotong, daging dengan geng susu badan. Kesian geng susu kena berhimpit-himpit sampai ke tepian! Ha ha.
Atas dasar kasihan dan mungkin juga pening memikirkan bila makanan frozen terpaksa berpindah ke peti ais sebelah bawah, lalu suami dengan baik hatinya belikan storage lain

Ada promosi kat Lazada. 47% diskaun dari harga asal. So, dapatlah 130 Liter deep freezer jenama HiSense ni pada harga RM 479.00 sahaja. Aku tak pernah dengar pulak nama brand ni. Tak apalah, dah bersyukurlah suami belikan kemudahan / keperluan sebab 100% support isteri dia ni nak susukan anak dengan susu badan sehingga 2 tahun. In sha Allah :-)
Tak tunggu lama, aku terus transfer geng susu tadi dalam deep freezer.
OK freezer peti ais dah ‘lengang’ sedikit. So, bolehlah ayam, sotong, daging juga frozen foods yang lain menginap dengan bahagianya. He he.
Kat Facebook, aku ada join 1 private group perihal penyusuan susu badan. Dari situ aku belajar dan amalkan ilmu yang orang berikan. Ibu-ibu menyusukan yang join group tu memang sangat membantu baik dari segi ilmu pengetahuan atau dari segi mental. Antara ilmu asas yang aku amalkan untuk menjayakan penyusuan adalah
Selain dari direct feeding (DF), setiap 2-3 jam sekali aku gigihkan diri untuk mengepam. Walaupun tersengguk-sengguk kepala ni mengantuk masa pam jam 2 3 pagi. Nota : “Supply VS Demand!”
Kadang-kadang kalau rajin, aku buat tandem pumping iaitu sebelah breast anak hisap, sebelah lagi pam, dalam masa yang sama.
Minda kena sentiasa positif dengan yakin dan mengatakan pada diri sendiri “Allah beri susu yang cukup untuk anak aku…”. Mentaliti juga mempengaruhi kadar susu badan ibu.
Masa mengepam, selalu terbayang wajah anak, terfikir kerenah anak. Segala-galanya pasal anak. Selain itu, amalkan zikir ‘Ya Matin’,
Jaga pemakanan. Kena cukup kadar diet yang diperlukan. Kadang-kadang aku tak ikut diet jugak tapi ikut je nafsu makan! Ha ha.
Banyak lagi ilmu-ilmu penyusuan yang perlu aku pelajari dan masih jauh lagi perjalanan untuk melengkapkan hak anak ni.
Owh ya… aku dan suami juga ada niat nak ambil Cuti Menjaga Anak yang bersambung dari kelayakan Cuti Bersalin ni. Tapi aku tak apply lagi. Bila entah…









sis beli di lazada servis lmbt x…
setakat ni,sepanjang berurusan beli online kat lazada, dlm masa 3-5 hari dh smpai barangnya…