Assalamualaikum dan salam sejahtera
Ada fakta / kajian yang mengatakan bahawa
Wanita cenderung untuk bercakap 20,000 patah perkataan dalam sehari berbanding lelaki yang hanya 7,000 patah perkataan sahaja sehari
Aku percaya! Sebab apa?
Yang membebel -> PEREMPUAN
Yang memujuk / membelai -> PEREMPUAN
Yang menggoda dengan mulut manis -> PEREMPUAN
Yang rajin mengomel -> PEREMPUAN
Yang suka bercerita -> PEREMPUAN
Yang apa lagi…? Kebanyakannya PEREMPUAN. Ha ha! Ehhh.. aku bukan nak diskriminasi kaum sendiri tapi inilah realiti. Bukan ker ada ‘pepatah’ yang mengatakan
“Kau ni… membebel / banyak mulut macam PEREMPUAN!“
Kaaannn….?
*********************************************************************************************************
Aku teringat suami pernah cerita pasal kawan lelaki dia yang mengadu
Kawan : Aku buat part time job tapi bini aku bising lah sebab aku selalu busy. Aku bukan sengaja nak buat macam tu. Dah memang aku kena kerja lebih sebab aku nak beli rumah, bla bla bla…
Suami : Senang jer…!
Kawan : Macam mana?
Suami : Dari pendapatan part time job kau tu, spend sikit buat beli hadiah untuk bini kau. Lagi bagus kalau kau belikan barang yang dia nak / suka. Confirm dia tak bising. He he.
Kawan : Owh… berkesan ke? Tapi memang dia ada cakap kat aku yang dia berkenan dengan 1 almari ni…
Suami : Confirm!
Ternyata si bini Kawan tu tak bising lagi bila dia sibuk dengan part time job nya, selepas dapat almari idaman. He he.
*********************************************************************************************************
Owh… patutlah suami treat aku pergi holiday hari tu sebab tak nak aku membebel bila dia asyik busy dengan freelance jobs. Nasib baik aku tak sound “Haaa.. kahwinlah dengan komputer tu!” sebab freelance jobs suami buat website / sistem. Kiranya suami berjaya ‘senyap’kan aku sebelum kena ‘tembak’! Ha ha ha.
Itu hadiah tahun lepas.
Disebabkan tahun ini pun suami selalu busy jugak dengan freelance jobs, dan mujur jugak aku faham dan tak sempat ‘tembak’, aku dapat hadiah lagi!
Mungkin ini hadiah bundle sempena aku lahirkan anak ke-2 dan penat uruskan 2 orang anak kecil. Dah takdir dapat suami gila gadget. Apa-apa pun, terima kasih B! :-)
Ehhh! jangan harap aku nak berhenti membebel eh… Ha ha!







