KEMBARA SUSU IBU (BHGN 3) : PAM SUSU OHHH PAM SUSU…

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bhgn 1)

Kembara Susu Ibu (Bhgn 2)

Masa anak pertama dulu, merasa pakai breastpump jenama Medela Freestyle. Memang best! Dapat beli dengan harga yang sangat murah which is anggaran RM 1,500 untuk complete set. Aku beli kat Qbabyshoppe. Kebetulan owner adalah officemate suami meniaga barang bayi secara online.

Disebabkan tak pakai lama, hanya lebih kurang 5 bulan je, so aku dan suami decided untuk jual pada harga RM 1,000! Murah kan?  Ha ha. Dapatlah kat officemate aku yang kebetulan breastpump dia rosak masa tu.

So, untuk anak kedua ni, Arif, aku ada pasang keinginan untuk beli dan guna pam manual. Sebab? Aku fikir murah dan boleh pakai / simpan lama. Kot-kot 3 4 tahun lagi ada rezeki anak ke-3. Eh? Memang aku tak terfikir nak beli pam elektrik sebab suami pernah cakap “buat apa simpan lama kalau tak pakai… takut rosak, rugi je. baik jual je…” masa aku masih ada breastpump Medela Freestyle dulu.

Tapi, suami tetap dengan keputusan dia untuk aku guna pam elektrik / bateri instead of pam manual. Kenapa? Katanya…

“Larat ke tangan Syg tu nak pam pam dan pam setiap kali nak keluarkan susu…?”

“Badan penat, pastu macam lah larat kan nak manually pump susu tu…?”

“Kerja office hour, berapa lama pulak nak spend time untuk tiap-tiap kali pam susu nanti…?”

“Kalau guna elektrik, tangan tu pegaaang je la botol tadah tu. Boleh rest kejap..”

Aku fikir bajet je sebenarnya. Konon-konon sanggup la bersusah payah nak guna pam manual sebab nak jimat punya pasal kan. Bila difikirkan natijahnya, memang betullah kata suami. Akhirnya “Tak perlah..tak payah fikir pasal bajet. B belikan pam eletkrik nanti…” Yihaaa! Aku ON je la kalau suami dah kata gitu kan?

Risik punya risik, suami siap minta pandangan dari officemate dia, akhirnya, dapatlah breastpump jenama Spectra M1

Jpeg
Single Pump Spectra M1

Ada kisah di sebalik pam ni.

Aku dah bersalin, tapi masih tak beli lagi apa-apa breastpump.

Hari ke-2, keluar dari hospital, suami mula cari breastpump yang dijual secara online. Of course buat comparison harga dengan macam-macam tempat. At last, dapatlah kat babydash.com.my. Single Pump Spectra M1 dengan harga RM 400.

Bila Arif dah mengamuk tak dapat susu, aku pulak hampir stress cuba untuk marmet keluarkan susu tapi tak berjaya, suami pulak kelam kabut baru nak cari dan beli pam secara online, lepas tu ambil masa 2 hari pulak nak courier breastpump tu, sudahnya suami dengan inisiatif sendiri drive pergi ambil breastpump kat kedai! Nasib baik tak jauh. Damansara je.

Terima kasih wahai suami :-) In sha Allah dengan bantuan dan dorongan awal dari beliau, aku akan berusaha sehabis baik untuk berikan Arif susu badan.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “KEMBARA SUSU IBU (BHGN 3) : PAM SUSU OHHH PAM SUSU…

  1. bagusnya dapat husband yg supportive macam ni.. siap tak segan silu tanya orang bpump mana yg bagus.. ada certain suami, dia tau bfeed ni jimat je.. tak payah beli susu formula.. tapi bukannya nak support, jaga pemakanan isteri pon x.. lantak pi laa.. apetah lg nak belikan breastpump kan..

    1. alhamdulillah… suamijenis memahami dan supportive. selain dari jimat kos, banyak kebaikan susu ibu utk anak. :-)

Leave a Reply