KEMBARA SUSU IBU (BHGN 6) : TIPS MUDAH TADAH SUSU BADAN SUPAYA TAK MEMBAZIR!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bhgn 1)    Kembara Susu Ibu (Bhgn 2)

Kembara Susu Ibu (Bhgn 3)    Kembara Susu Ibu (Bhgn 4)

Kembara Susu Ibu (Bhgn 5)

Bukan semua ibu dapat peluang nak berikan anak minum susu badan. Ada jugak ibu yang diberi peluang oleh Allah dengan memiliki susu badan yang melimpah ruah sampai tak cukup simpan dalam peti, siap ada anak susuan lagi. Masya Allah… Kagum!

Advertisement

Disebabkan aku rasa bersalah sebab tak tuntut ilmu penyusuan dan tunaikan hak anak pertama iaitu menyusu badan sehingga 2 tahun, aku jadi lebih berkira dalam bab susu badan untuk anak ke-2 ni. Sayang oi walaupun setitik air susu jatuh terbiar macam tu sahaja. Lebih-lebih lagi kalau ibu yang tengah struggle nak susukan anak sebab susu badan tak banyak.

So, kesempatan yang ada ni, aku nak kongsi cara mudah nak tadah susu badan jika melimpah. Walaupun setitik! air susu ibu adalah titisan emas untuk anak!

Avent Breast Shell
Avent Breast Shell

Actually ini adalah breast shell guna untuk protect nipple yang luka / merekah / melecet & segala macam sakit kat nipple. Tak adalah rasa ngilu bila sakit bergesel ngan bra. Fungsi lain, boleh jadi milk collector / milk saver. So, aku yang guna single pump ni, untuk breast sebelah lagi, aku guna benda ni untuk tadah susu yang menitik masa tengah mengepam / menyusukan anak.

Aku beli kat Citta Mall, Ara Damansara. Kebetulan ada Avent sale sempena pembukaan kedai baru. Harga asal RM 61 bila promo dapat RM 54.

*FYI : Baby room kat 1st floor, Citta Mall ni sangat selesa, wangi, luas dan sejuk!

Ada 2 set (6 parts) dalam kotak ni. Ni aku tunjuk 1 set je. 1 set lagi dah guna. Best! He he

1 set ada 3 parts
1 set ada 3 parts

Dari kiri : ventilated shell (ada lubang pengudaraan), non-ventilated shell & silicon cushion.

Aku lebih suka guna yang non-ventilated shell sebab selalu lupa bila bangun, tertunduk, tumpah susu, tahu-tahu basaaahhh je baju. Isk!

Hasilnya…

Jpeg

Walaupun menitik tak banyak mana, tapi mampu menghilangkan haus si anak… Sayang pulak rasanya kalau biar susu ni membazir diserap dek breast pad.

quote susu ibu

In sha Allah. Amin….

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply