HATI SEORANG IBU… APA KAU TAHU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bila dah jadi ibu…

Seronok sangat bila penat balik kerja, tengok je muka anak, Masya Allah… hilang penat bekerja! Itu nikmatnya dianugerahkan zuriat.

TAPI… kebahagiaan yang 1 ini datang dengan pakej dugaan yang pelbagai sebagai pelengkap bila mana…

Baru aku tahu sakitnya melahirkan anak, penatnya berpantang dan berjaga malam demi anak.

Baru aku tahu erti sanggup berkorban apa sahaja (wang, masa, perasaan dll) demi anak.

Baru aku tahu penatnya nak handle urusan rumah tangga seiring dengan tanggungjawab sebagai wanita bekerja.

Baru aku rasa sedihnya / risaunya nak berpisah dengan anak sebab kena tinggalkan anak dengan pengasuh sebab kena pergi kerja.

Hari pertama aku masuk kerja masa Afiq dulu, lepas hantar Afiq, masuk kereta, sepanjang jalan ke office aku bantai nangis. Suami yang tengah drive, diam tak kata apa. Dia faham. Lagi sedih hati aku bila beberapa hari sebelum hantar Afiq pada pengasuh, hampir setiap malam Afiq menangis secara luar biasa. “Walaupun kecik lagi tak faham apa, pun dapat rasa perasaan mama dia yang sedih bila berjauhan…” kata-kata mama pada aku.

Baru aku tahu erti sentiasa berjaga-jaga sebab anak kecil ni kerjanya asyik nak explore semua benda. Bukan tahu bahaya ke tidak! Mana nak perhati pergerakan anak, mana nak make sure rumah sentiasa bersih dari debu dan habuk sebab anak baru nak belajar merangkak, mengutip sekecil-kecil sampah kat lantai then masuk ke mulut. Nak kena jaga semua tu.

Baru aku rasa penat lelahnya bila tak dapat tidur malam bila anak kecil sakit. Lagi parah bila aku turut menangis sebab fikir “Ya Allah, aku yang dewasa ni pun sangat tak berdaya bila sakit. Apatah lagi anak kecil ni yang sakit…” sambil mengendong anak yang menangis kesakitan.

Baru aku rasa relanya berkorban harta dan tenaga sebab nak ubatkan anak yang sakit. Seboleh-boleh nak dapatkan rawatan terbaik! Harga yang dibayar pun mestilah ‘terbaik’ kan?

Baru aku belajar bahawa SABAR itu sangat perlu bila badan penat tapi anak meragam perlukan perhatian.

Baru aku tahu betapa sibuknya kepala otak ni dok fikir “jap lagi nak masak apa yer nak bagi anak makan?”, “minggu ni nak bawak anak jenjalan pergi mana eh?”, “barang-barang anak dah cukup ke?” sebab nak pastikan kebajikan anak terjaga, perasaan anak bahagia.

Baru aku faham perasaan bangganya hati bila orang keliling sanjung dan puji anak “pandaaiiinya kau bela anak. Dah la tak nakal, bijak pulak tu!”  Itu belum lagi bila dengar orang puji bila anak jadi ‘orang’ dan berjaya dalam pelajaran dan hidup.

Baru aku tahu betapa kena bersungguh-sungguhnya kalau nak ajar anak pandai 1 2 3 A B C, bersabar dengan kerenah anak yang belum tentu nak ikuuuttt je cakap dan arahan juga ajaran kita. Mulut ni memanjang je kena ‘basah’ dengan kalimah ‘Astaghfirullahalazim’!

Baru aku tahu bagaimana gigihnya kena kumpul duit (sampai sanggup sekat keinginan) untuk beli kemudahan dan keperluan juga sediakan keselesaan, malah tak mustahil suatu hari nanti aku akan bernazar semata-mata nak bagi sokongan dan nak tengok anak berjaya dalam pelajaran.

Baru aku sedar bahawa perancangan awal (terutamanya dari segi kewangan) demi masa depan anak adalah SANGAT PERLU dan kena sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan. Baik dari aspek kesihatan, atau kemudahan untuk anak.

Baru aku tahu hargai setiap saat yang ada sebab anak ni tak tentu masa dia perlukan kita. Boleh jadi tengah mandi, anak menangis. Boleh jadi tengah penat mengemas rumah, anak ajak main. Memang kena pandai atur masa kalau nak diri sendiri dan rumah kemas sentiasa.

Baru aku tahu tak mudah untuk sandang gelaran sebagai seorang ibu sebab kena sentiasa cari dan gali ilmu tentang keibubapaan. Belajar cara urus anak, cara ajar anak, cara nak bagi anak makan / minum dan segala macam cara lah untuk kebaikan anak.

Sebenarnya, banyak lagi yang perlu ditanggung oleh hati seorang ibu…

1 kebahagiaan akan datang pakej dengan bermacam-macam dugaan. So, aku dah list pengalaman setahun jagung aku sebagai seorang ibu. Harap-harap dapat membantu kau orang supaya bersedia mental dan fizikal kalau ingin menjadi seorang ibu.

Betapa banyak dan berat dugaan dan cabaran serta tanggungjawab menjadi seorang ibu di sebalik kegembiraan yang terpancar di wajah. Namun, hati seorang ibu… apa kau tahu?

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “HATI SEORANG IBU… APA KAU TAHU?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.