RIADAH PETANG DI PADANG SETIA CITY MALL, SETIA ALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina, jalan sesak! jadi untuk buang masa yang ada, aku dan suami bawak Afiq dan Arif beriadah, cuci mata juga dengan tujuan untuk buatkan Afiq kepenatan dan berpeluh. Tempat paling selesa, sesuai, dekat dengan rumah dan paling penting tak perlu tempuh jalan jem….

Jpeg

Padang di Setia City Mall, Setia Alam yang sangat meriah dengan suara tawa riang kanak-kanak bermain buih belon dan layang-layang. Tak kurang juga ada yang main kejar-kejar, guling-guling atas rumput yang cantik macam karpet. Untuk mak bapak, aktiviti lunjur kaki sambil cuci mata adalah sangat sesuai kat sini. He he.

Mula-mula niat nak ajak Afiq main sepak-sepak bola je. Dah siap bawak bola dah. Alih-alih, Afiq lebih excited kejar belon yang merata-rata terbang di udara berbanding bola kesayangan. Kesian pulak tengok anak tu dok kejar belon orang lain kan. Haiihhh… Terus papa dia pergi beli stick dan air sabun. nasib baik murah. RM 2 je. Asalkan anak riang gembira, tak salah melabur sedikit, kan? :-)

Jpeg

Mula-mula, papa nya demo la macam mana cara nak main buih belon tu…

Jpeg

“Mula-mula Afiq celup dulu dalam bekas ni tauuu..”

Jpeg

“Pastu Afiq goyang-goyang stick ni. Nanti angin tiupppp. Haaaa…keluar belon… Yihaaa!”

Nampak tak Afiq tengah peluk bola colour kuning? Last-last, bola dilempar ke mana entah…

Jpeg

“Alaaaa papa… tak payah ajar pun Afiq reti main laaa..” 

Yeszzzaaa! dapat jugak Afiq merasa main belon :-)

Malam tu, lepas mandi, pekena sebotol susu, Afiq pun pengsan sampai pagi esok. Misi berjaya! Ha ha.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.