KELEBIHAN SEORANG SUAMI YANG TIDAK ROMANTIK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Biar tak romantik daripada TAK BERTANGGUNGJAWAB! Itu lebih baik.

Ada yang kata suami dia romantik sebab

1. Selalu SMS ayat jiwang kasih rindu walaupun office sebelah-sebelah je

2. Selalu madah kata pujangga walaupun tengah duduk berkepit tengok tv sama-sama.

3. Selalu buat SUPRISEEE! setiap kali hari istimewa (birthday, anniversary)

4. Selalu bagi jambangan bunga yang bermaksud I LOVE YOU, atau simbolik kepada ‘cinta kita mekar mewangi seperti jambangan ros‘ yang selalunya ‘makan’ RM sampai ratus-ratus.

5. Selalu belikan hadiah (kalau mahal lagi bagus) untuk bini atas dasar saja nak habiskan duit yang berkepuk sebab tak tahu nak habiskan untuk apa dan siapa lagi kalau bukan untuk bini?

Dan macam-macam selalu yang lain lah!

maksud seorang suami

*SAYA SETUJU! Ha ha ha

Kalau suami tak buat macam tu, dikata suaminya tak romantik. Oh yeah! Memang pun! Ha ha. Contohnya macam suami aku. Eh? Ha ha. Tapi seingat aku la, rasa-rasanya lah kan, aku macam TAK PERNAH rasanya dapat bunga walaupun sekuntum dari suami.

Eh… sebenarnya kan, suami yang tak romantik tu LEBIH BAIK, LEBIH BAGUS dan LEBIH HEBAT dari suami yang romantik (ciri-ciri seperti yang tersebut). Kenapa dan macam mana tu?

1. Tak payah bazir duit SMS, sebab hanya dengan telepati, suami mampu hantar mesej rindu kasih sayang. Membuatkan hati bini tiba-tiba bergetar semacam. Wohaaa!

2. Tak perlu tunggu duduk berduaan untuk mengayat bini sebab bila renung sama sendiri walau jauh 1 km pun mampu mewujudkan getaran ‘elektrik’ dalam diri. Kadang-kadang hanya imagine je muka pasangan, pun mampu menggetarkan naluri. Cewah!

3. Dari membazir bagi bunga yang tahan 3 4 hari pastu layu dibuang, baik invest ratus-ratus tu beli kan bini handphone baru ke, baju baru ke kan? Jangan ‘beli’ kan madu baru untuk bini, udah lerrrr…

ustaz azhar idrus

4. Perhabis duit untuk simpanan bini dengan niat demi keperluan anak bini di masa hadapan. Contoh macam ‘ambil’ insurans untuk keluarga ke, asingkan beberapa RM untuk saving account anak bini ke atau pun bawak bini dan anak pergi holiday so boleh manfaatkan masa berharga dan rakam kenangan indah bersama keluarga.

Eh? Kenapa aku rasa macam sama je kes dengan laki aku ni? Ha ha ha

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply