KEMBARA SUSU IBU (BHGN 7) : CARA MUDAH BEKALKAN SUSU BADAN KEPADA PENGASUH ANAK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni hari pertama untuk Arif stay dengan pengasuh. Minggu depan aku dah nak mula kerja lepas habis cuti bersalin 90 hari. Saja hantar awal seminggu so aku dan juga pengasuh Arif boleh tune and adjust time konon-konon macam hari bekerja la. Sementara aku masih bercuti ni, sambil la standby kot susu tak cukup or Arif ada problem ke kan…

Advertisement

Tapinya hari ini aku hantar Afiq & Arif pukul 10 pagi. Mandikan, susukan & bagi Afiq breakfast dulu. Rasa sedih pulak nak lepaskan tanggungjawab jaga anak ni pada pengasuh. Sob sob sob.

Owh ya.. buat masa ini Arif aku hantar pada pengasuh yang sama dengan Afiq.

Untuk meneruskan misi penyusuan susu ibu untuk Arif, ni cara aku bekalkan keperluan sepanjang 8 pagi – 5 petang waktu bekerja

Jpeg

3oz setiap botol sebab memang Arif aku ajar untuk minum 3oz per feeding buat masa ini. Kalau ikutkan graf berat bayi,memang ngam ngam la keperluan dia.

Untuk kemudahan pengasuh Arif, aku sediakan warmer untuk panaskan susu nanti

Jpeg

Anggaran setiap 2-2.5 jam Arif akan minum susu. Tapi untuk jalan selamat,aku akan sentiasa bekalkan stok susu extra. Kalau dah start kerja nanti, tak lah terkocoh-kocoh nak balik sebab susu tak cukup.

Aku explain dan tunjukkan cara penggunaan warmer dan cara untuk handle susu EBM pada pengasuh. Seboleh-bolehnya aku usaha untuk mudahkan tugas pengasuh untuk jaga dan susukan Arif.

Ahhh… terngiang-ngiang suara Afiq menjerit-jerit main depan TV… suara Arif menangis nak susu… Ada la jugak tadi aku berlari naik ke bilik bila dengar suara baby menangis. Padahal anak jiran sebelah…. Lupa pulak tadi aku dah hantar anak ke rumah pengasuh. Ahhh.. Sedih sekejap! T__T

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply