KEMBARA SUSU IBU (BAHAGIAN 17) : MASTER IN BREASTFEEDING @ SARJANA PENYUSUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Aku kongsikan cara mudah memerah susu ketika di pejabat…

14/05/2016… Hari-hari perah susu, tak sedar 1 tahun 6 bulan masa sudah berlalu…

Macam biasa, rutin harian tak cukup rehat, tak lena tidur, risau bekalan susu tak cukup, tiada ‘ME-time’, dan macam-macam yang perlu dikorbankan / dilupakan demi perjalanan penyusuan.

Antara kata-kata semangat yang selalu aku pegang sebagai motivasi terutamanya ketika semangat ‘jatuh’

“2 TAHUN JE… BUKAN LAMA PUN”

“AKU KAN KUAT!”

“SIKIIIIT JE LAGI NAK SAMPAI…”

“NAK DAPAT PAHALA SUSUKAN ANAK, BUKAN MUDAH…”

Bila rasa berat sangat nak bangun malam, aku gagahkan diri dengan ‘ambil’ semangat

“KALAU AKU TAK PERAH SUSU, ESOK ANAK NAK MINUM APA?”

Bila lintas je pasal anak, automatik jadi kuat! Walaupun badan penat, kepala sakit.

bayi susu ibu
Arif Hazim si bayi susu ibu

Aku selalu motivate diri sendiri masa baring nak tidur malam, sambil tersenyum sorang-sorang..

Macam mana nak dapat motivasi tu? Haa.. rajin-rajin lah baca ayat-ayat / kata-kata semangat, hadamkan maksudnya. Teknologi dah maju. Nak dapat info, dah mudah. Tu haa, ada Facebook kan? Melambak kawan-kawan dalam tu dok share petikan-petikan motivasi, tips nak berjaya dalam hidup malah siap share ayat-ayat Al-Quran sebagai panduan hidup agar lebih baik. Gunakan sebaiknya.

Nak harap aura positif dari sekeliling kita, bukan mudah. Bagi aku, semuanya bermula dari diri sendiri. Kalau tekad, mesti jadi.

Dah nak hujung-hujung ni, banyakkan self-motivation je. Duduk diam-diam, sambil belajar cara nak tenangkan diri, sebab bila tenang, in sha Allah, hal-hal/ masalah-masalah lain pun mudah nak dapat jalan penyelesaian.

 Sepanjang perjalanan penyusuan, antara cabaran yang aku lalui :-

Bekalan susu tidak mencukupi, perah susu pagi untuk anak minum petang di rumah pengasuh, berhujan berpanas demi sebotol susu ibu, stok susu terbazir macam itu sahaja, puting payudara melecet kena gigit dek Arif, payudara lebam sebab salah cara marmet (perah susu guna tangan bukan pam), bengkak susu sampai rasa nak pecah payudara tapi tetap kena susukan anak

dan lain-lain yang tak tersenarai banyaknya cabaran.

Pernah 1 ketika, aku tanya diri sendiri “Aku berpenat lelah susukan anak, apa ganjaran (duniawi) yang aku dapat?”

Dan aku jawab sendiri “KEPUASAN!” Ya. Kepuasan diri yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

breastfeeding quote

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.