Pada pengguna Microsoft Window 10, kini anda boleh menggunakan aplikasi Facebook dan Messenger secara terus di peranti desktop dan laptop anda. Pada yang belum menaik taraf kepada Windows 10, sila lakukan secepat mungkin kerana selepas 29 Julai 2016 anda perlu membayar untuk menaik taraf Window 10.
Baiklah kembali kepada aplikasi Facebook dan Messenger. Anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di Windows Store. Di taskbar anda, anda dapat perhatikan ada icon atau tekan icon
dan taip ‘Store’ dan tekan butang Enter.
Setelah Windows Store buka di ruangan ‘Search’ taip ‘Facebook’ untuk install aplikasi Facebook manakala taip ‘Messenger’ untuk install aplikasi Messenger dan tekan butang ‘Get the app’. Selain itu anda juga boleh memuat turun melalui pelayar web anda Facebook & Messenger.
Apa yang menarik aplikasi ini adalah, anda boleh guna kedua-dua aplikasi ini seperti anda gunakan di telefon. Semua notifikasi anda dipaparkan di sebelah kanan bawah windows anda. Notifikasi yang lepas juga anda boleh lihat ‘Action Center’ yang terletak di sebelah jam taskbar anda.