KEMBARA SUSU IBU (BAHAGIAN 16) : CARA MUDAH MEMERAH SUSU DI PEJABAT

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembara Susu Ibu (Bahagian 15) : Ijazah Penyusuan

Advertisement

Zaman sekarang, ,macam-macam teknologi tercipta untuk memudahkan urusan harian. Macam itu juga dalam hal penyusuan.

Meh sini aku kongsi apa cara mudah yang ada untuk  memerah susu ketika waktu pejabat.

1- Kebenaran ketua

Ini masalah utama pada ibu-ibu menyusu ketika di pejabat. Kerisauan terbesar bila dah nak mula bekerja setelah habis cuti bersalin. Disarankan untuk minta kebenaran / duduk berbincang dengan ketua jabatan berkenaan masa memerah, kekerapan memerah susu dan lebih afdal jika selitkan sedikit kelebihan menyusukan anak dengan susu ibu ini.

Kalau perlu, tulis surat permohonan.

Aku ingat lagi, salah seorang ketua ada bertanya “Kau ok tak nak mengepam susu kat office ni?” Maksudnya, dia ok kalau aku selesa dan dalam masa yang sama, kerja aku tak terabai dek perihal mengepam susu ni. Aku explain juga kekerapan dan masa yang diperlukan untuk memerah susu. Ada juga bos yang lain bertanya. Aku dengan lapang dadanya terangkan situasi sebenar. Alhamdulillah dapat bos-bos jenis sporting gini.

Tidak dinafikan, ada jenis ketua yang memang tak boleh langsung nak tolerate dengan isu ini. So, kita pergi ke next tips!

2- Gunakan gadget 

Gadget yang dimaksudkan adalah pam susu. Digalakkan ibu-ibu menggunakan jenis battery-operated / electric-operated. Ok kalau risau orang cakap kau guna utiliti pejabat, then go for battery-operated breastpump lah.

Sambil mengepam, sambil buat kerja kat meja pejabat.

“Eh?tak payah pegang botol ke?”

Kalau berkemampuan, boleh guna hands free pump. FREEMIE cup.

freemie cup
Freemie Cup

Harga boleh tahan mahal. Dalam RM 300+. Itu bukan breastpump yer. Hanya cup untuk diletak pada payudara dan dipasang dengan breastpump tertentu.

Sesuai untuk ibu yang kerjanya perlu bergerak secara aktif, ke sana ke mari.

Kalau nak jimat, kan sekarang dah ada hands free bra untuk pumping mom.

hands free bra

Harga mampu milik. Tengok pada brand.

“Seganlah.. orang officemate sebelah tengok!”

Come on mommy! guna nursing cover… Nak jimat, jahit sendiri. Tak pun guna selendang besar yang mampu menutupi bahagian hadapan / dada / labuh. Macam aku, guna sweater je.

“Perlu ke basuh pam setiap kali selepas guna?”

Tak perlu. Cuma perlu simpan di tempat sejuk. Aku selalu lepas pam, simpan pump parts dalam bag pack yang berisi ice pakcs. Sesi mengepam berikutnya, boleh ambil kembali dan terus guna. Dah balik rumah nanti, sila cuci!

Jpeg

Kalau rajin nak basuh, dipersilakan. Ini adalah kaedah yang boleh digunakan jika keadaan tertentu seperti tiada kemudahan air di kawasan berdekatan.

Bakteria tidak aktif jika di tempat sejuk.

3- Semangat / azam yang kuat!

“Nanti officemates fikir yang bukan-bukan pulak..”

Apa yang dorang fikir bukan-bukan? otak kuning? Itu masalah mereka, bukan salah anda. Bukannya anda ajak dia berimaginasi secara seksual. Anda juga tak dedahkan tetek anda pada dia. So?

Kalau dilambakkan dengan segala mak nenek gadget moden, tapi PEMALAS ya amat, tak guna jugak.

Apa pun cabaran yang datang, jika kena caranya beserta azam yang tinggi, in sha Allah semua itu hanyalah ‘warna-warni’ yang mengindahkan lagi perjalanan penyusuan ibu-ibu hebat semua.

i-make-milk-quote

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply