KEMBARA SUSU IBU (BHGN 15) : IJAZAH PENYUSUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembara Susu Ibu (Bhgn 14)

Advertisement

Mudahnya nak dapatkan Diploma Penyusuan

14/11/14- 14/11/15

ALHAMDULILLAH… berjaya jugak aku susukan Arif dengan susu badan 1 tahun lamanya.

ALHAMDULILLAH… Allah masih berikan rezeki susu badan masih ada untuk anak syurgaku, Arif Hazim.

Sebagai ganjarannya, aku reward diri sendiri dengan menghadiri kursus penyusuan untuk upgrade diri ini sebagai ibu menyusu yang biasa-biasa kepada taraf seorang “Peer-Counselor” dalam ilmu penyusuan. Selain dari jadi pembakar semangat untuk aku teruskan misi penyusuan sehingga 2 tahun, juga dalam proses menambah ilmu penyusuan yang tidak seberapa ni.

Bertempat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 & 14 November 2015 yang lalu, aku dengan gigihnya apply cuti awal untuk join kursus ni.

Jpeg

And now, i am officially a “Breastfeeding Support Initiative Peer Counselor”

Balik dari kursus pada 14/11/15, malam tu, “Suprissee!!!” terpacul birthday cake untuk Arif sponsored by Ayahanda & Bonda. Siap Ayahanda pasang birthday song. Dah kenapa pulak mak budak yang kena suprised? Birthday boy rileks ajer. Ha ha ha!

happy 1st birthday arif

Tengokkk! Arif tak heran pun dengan kek tu. Sibuk nak amik pemotong kek sebab nak gigit pemotong kek tu. Orang lain pulak yang excited nak tiup lilin. Ha ha ha!

Tak sangka, sekejap dah 1 tahun….

Dalam masa 1 tahun ni, tak dinafikan ada macam-macam dugaan dalam usaha menyusukan Arif

Kisah “Berpanas berhujan kerana susu ibu” – Disebabkan stok susu dalam peti habis kesemuanya, bermulalah episod “Perah susu hari ini untuk guna esok hari”. Gara-gara tak cukup supply untuk demand Arif, ada jugak situasi “perah pagi, minum petang”. Hampir sebulan lamanya kami lalui situasi ini. Cerita panjangnya di sini

Kisah “Susu badanku hanya untuk hiasan sahaja” – Gara-gara nak cepat, 1 beg dengan susu badan sebanyak 30 oz terbazir macam tuuuuuu jer, cantek terletak atas coffee table kat ruang tamu. Dah 1 jam keluar dari rumah sebab nak travel jauh, baru teringat. Bila balik rumah selepas 3 hari… “B… pergilah buang susu tu.. jangan bagi Syg nampak…” sedih tahu??? *hanya yang alami saja yang tahu.

Kisah “Parut Kasih SayangMu” Igauan ngeri buat ibu menyusu bila si anak mula tumbuh gigi. Yang paling ngeri masa mula-mula nak tumbuh gigi, gusi Arif gatal. Time direct feeding la nipple mama ni jadi mangsa asahan gusi/gigimu. Sampai sekarang parut tak hilang-hilang. Tak apa, kenangan terindah..

Selama tempoh menyusukan Arif, selama itulah aku belum pernah lagi dapat tidur malam secara terus menerus dan hanya terjaga bila alarm handphone berbunyi untuk kejutkan bangun Subuh. Walaupun Arif tiada di sisi buat sementara waktu (sebab Wan dan atoknya tolong jaga atas sebab-sebab tertentu), aku tetap kena bangun seawal pagi untuk memerah susu. Malah, sebab dah jadi kebiasaan, tak perlu pun alarm clock, automatik aku akan terjaga bila sampai waktu Arif biasanya bangun untuk menyusu.

Sekarang dah masuk 1 tahun 2 bulan rutin ini berjalan. Awal-awal dulu meeeemang sangat mencabar sebab tak cukup tidur, tidur tak lena, badan makin hari makin penat sebab tak cukup rehat. Kepala weng jugak kadang-kadang sebab pening asik tidur-jaga-tidur-jaga. Siang kerja di pejabat, malam kerja di rumah. Lama-kelamaan, badan jadi terbiasa, tapi penatnya masih ada.

Stress? Sentiasa… cuma makin lama, makin terkawal dan dapat dikawal dengan baik.

Menyesal? Tak pernah ada dalam erti perjalanan menyusukan Arif. Give up? Tidak dinafikan, pernah wujud perasaan itu. Tapi, aku motivasikan diri “mana ada jalan mudah untuk berjaya / buat baik mesti ada dugaannya”. Simple.

“Jika kau fikirkan kau boleh… Kau pasti boleh melakukan!”

Sedang berusaha untuk “Master in Breastfeeding”. 1 tahun 6 bulan tempoh penyusuan. Semoga dipermudahkanNya. Amin…

Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply