Assalamualaikum dan salam sejahtera
14/11/2014 – 14/05/2015 = 6 BULAN
Dengarnya kalau berjaya susukan anak dengan hanya susu ibu selama 6 bulan tanpa campur makan & minum lain, maknanya, si ibu tu dapat DIPLOMA dalam bidang PENYUSUAN EKSKLUSIF UNTUK BAYI. Betul ke? Kalau betul, Yihaaaaa! Mama dah berjaya dapat diploma. He he.
Terima kasih pada suami, sebab sokong penyusuan anak secara eksklusif dengan susu ibu. Macam-macam suami usahakan sebagai tanda sokongan. Contohnya macam belikan electrical breastpump sebab nak mudahkan kerja buat stok susu & belikan deep freezer sebab nak simpan stok susu.
Terima kasih jugak pada pengasuh Arif sebab dia sudi handle EBM sepanjang masa dia jaga Arif.
Terima kasih jugak pada bos kat office ni sebab bagi peluang pada aku yang amik masa untuk memerah susu 2 atau 3 kali sepanjang waktu bekerja.
Terima kasih jugak pada ahli keluarga yang lain sebab sokong usaha aku untuk terus menyusukan Arif dengan susu badan.
Tak lupa juga terima kasih pada kawan-kawan yang sokong!
Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang positif dalam hal ni.
Itu baru ucapan terima kasih untuk DIPLOMA, bayangkan panjangnya ucapan terima kasih kalau dapat DEGREE pulak nanti. Ha ha.
Next target is another 6 months to go to achieve DEGREE in BREASTFEEDING. Mudah-mudahan berjaya. Jauh lagi perjalanan ni…
Alhamdulillah, setakat ini, aku berjaya susukan Arif dengan susu badan. Hujung minggu ni, papa belanja makan bubur nasi ye sayaaannnggg…
Menjejeh ayaq liuq! Ha ha.
Mama & papa dah mula teruja nak bagi Arif makan pulak lepas ni…








sepet ikut papa….
tahniah. Afina pun berjaya. Tapi lepas tu aku terus je campur susu sebabnya takut jadi macam naufal. terlambat campur susu apa pun dia tak nak…susu ibu dlm botol pun tk nak…jenuh nak ngempeng je.
mekaseh darling. hehe..
Exclusive 6 bulan Diploma
12 bulan – Degree
18 bulan – Master
Complete 2 tahun – PHD!!!
Hihihi…
InsyAllah boleh! keep positive thinking, konsisten pam, minum air yang cukup, makan makanan yang baik2..!
Jemput lawat blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/
in sha Allah…saya jaga jadual pam dan juga pemakanan..dan yang paling penting, sentiasa POSITIF! :-)