Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pheww… Sejak Ramadhan hari tu, susu badan makin merudum! Allah… setiap hari terpaksa top up bekalan susu Arif ke pengasuh dengan stok FBM (Frozen Breastmilk) yang ada dalam peti. Sekarang, semua habis! Allah…
Supply dah tak terkejar dek demand Arif. Arif baru 8 bulan masa tu. Hanya 3.5 oz x 6 botol. Apa aku buat?
1) Tambahkan Sesi Mengepam
Kat office memang standard aku pam 3x sehari. Kat rumah, time antara jam 1.00 – 5.00 pagi, aku usahakan untuk 1x pam. Setiap hari. Waktu awal pagi macam tu, hormon prolaktin dalam badan ibu memang tinggi. So, penghasilan susu lebih banyak. Kalau nak berat bayi bertambah (kes ibu risau berat anak tak naik), lebih afdal susukan anak sekerap mungkin dalam jangka waktu itu.
Dan aku usahakan juga mengepam sebelum tidur.
Tapiii… nan hado lah aku dapat buat sebab… menyusukan anak untuk tidur malam, dengan aku sekali bantai tidur! Ha ha ha.
2) Teknik Power Pumping
Disebabkan aku ni single breastpump user, teknik yang aku buat adalah

Teknik ini, membantu untuk hantar signal ke otak bahawa susu masih diperlukan walaupun bayi tidak menyusu terus pada breasts ibu.
Lebih bagus kalau guna double breastpump sebab ia akan hantar signal pada otak, bahawa susu lebih banyak diperlukan seolah-olah 2 orang bayi menyusu serentak.
3) Treatment 10 minit / 1 jam
Cuba buat 2-3 hari. Kena disiplin yang tinggi sebab kena korbankan waktu tidur / kena ‘burn’ cuti tahunan sebab tak kan nak ganggu waktu kerja. Berapa oz yang dapat sekalipun, wajib wajib dan wajib bersyukur. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
Tak lupa juga, minum air masak suam-suam sebelum – semasa – selepas memerah susu.
Ini pun aku try sekali je. Tak disiplin sangat. He he.
Kesimpulannya, aku suka Teknik Power Pumping sebab fleksibel.
Alhamdulillah nampak perubahan pada kuantiti susu yang diperah. Makin lama makin bertambah. Walaupun sekarang dalam fasa pam pagi, minum petang, TAPI Alhamdulillah sebab susu badan untuk Arif tidak terputus.
Masa nak cover ketidakcukupan stok susu untuk Arif, suami ikhtiar berikan makanan sunnah untuk Arif. Susu badam + kurma.

Nasib baik officemate suami bagi cadangan buat susu badam kurma ni. Arif minum tak sampai 1 oz pun. Haiihhh.. Sampai habis akal la buat macam-macam supaya Arif telan kasi habis jugak susu badam kurma ni.
Disebabkan reaksi Arif lah macam ni lah buat mama lebih kuat dan gigih berusaha supaya Arif hanya minum susu badan mama. Terima kasih wahai anak sebab mengajar mama jadi seorang ibu yang sentiasa gigih berusaha demi menjayakan penyusuan susu ibu ni.
Sekarang ni, hampir setiap hari bekerja, kena balik waktu rehat sebab nak hantar stok susu yang diperah pada waktu pagi, untuk Arif minum waktu petang. Waktu rehat selama 1 jam itulah aku dan suami terkejar-kejar nak balik dan patah balik ke office. Hampir 50 minit atas jalan raya (pergi-balik). Mana nak makan, solat lagi. Haihhh.. penat beb! dengan cuaca tak menentu sekarang. Berpanas dan berhujan, kami sanggup redah demi susu badan untuk Arif. Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yang sangat menyokong penyusuan susu ibu.
p/s : Nasib baik sekarang Arif selera tang makan. Dapatlah cover keperluan menyusu dia…









salute!
btw setuju bab powerpumping tu..really helps
tapi masa first2 buat rasa penat bebenor mcm nk pitam huhu
lama2 dah adapt baru ok =.=
sama la.memang kalau awal2, rasa nak pitam lah, itu la ini la.hehe. lama2, setakat bangun awal2 pagi semata2 nak bt Power Pumping tu, biasa dah. hehe
tahniah jugak utk sis.