Perjalan ke Dublin, Ireland

*Amaran, entri ini agak panjang. Jika anda rasa hendak lepaskan hajat, sila lepaskan dahulu. Assalamualaikum. Selamat pagi Malaysia. Waktu entri ini ditulis mengikut waktu sini adalah 28 Ogos 2014 10.50 pm dan waktu malaysia ketika ini 29 Ogos 2014 5.50 am. Baiklah aku sambung entri aku sebelum ini : Sebelum ke Ireland. Aku mulakan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Lama juga urusan di airport kerana semasa aku sampai, ramai orang sedang beratur untuk check-in. Sampai sahaja aku pergi ke tempat balut bag yang selama ini aku tidak pernah menggunakan perkhidmatan ini. Disebabkan aku akan transit di Dubai, maka di nasihat untuk membalut bag kerana ada orang cakap pak-pak arab handle luggage ganas sikit. Aku tidak dapat banyangkan macam mana ganasnya, aku tengok orang Malaysia handle luggage dah cukup ganas. Macam mana rupanya lagi ganas?

Advertisement

Kami check-in secara berkumpulan enam orang sebab ingin berkongsi berat luggage yang kami dapat. Semasa hendak check-in ada berlaku kekeliruan sebab mamat yang jaga tu tanya pasal visa. Setahu aku negara-negara komanwel tidak memerlukan visa. Mamat itu siap call sapa tah sebab tidak puas hati. Lama juga dia cakap telefon, tetapi alhamdulillah setel gak.

Tibalah masa untuk majlis perpisahan. Sebelum tu wife aku kental. Tapi masa majlis perpisahan maka berjujuranlah air mata dia. Aku? Aku cover macho la tahan air mata. muahaha.. Ok jangan gelak yer, aku nak buat pengakuan. Itulah kali pertama aku naik kapal terbang dari KLIA. Selalu pergi KLIA hantar orang jer. Jadi jakun sikit.

Kami menggunakan perkhidmatan Emirates. Ok lagi satu perkara lawak, mati-mati aku ingat Emirates ni ala-ala islamic pramugari bertudung litup. Sekali bila masuk flight, pergh. Astaga.. Muka diorang ala-ala mat salih. Bahasa utama dalam fligh bahasa arab.

Alat penghilang kebosanan
Alat penghilang kebosanan

Aku bayangkan dalam flight mesti luas dari flight AirAsia yang aku pernah naik. Rupanya anggapan aku salah. Seat dia memang sempit. Aku terpaksa simpan kaki aku bawah kerusi depan. Masa masuk, adalah disediakan selimut dan earphone untuk layan tv, Cerita dekat tv tu up-to-date tapi tak banyak cerita melayu. Tapi cerita hindustan banyak pulak. Masa dalam flight makan dia, ikut suka dia jer nak kasi. Tak der pulak dia bagi jadual makan. Itu la, aku tahan tido. Takut terlepas waktu makan. Sampai tahap macam tu. ticket flight

Orang lain kata, x per tido. Bila waktu makan diorang akan kejut. Tapi harapan, masa aku terjaga tengok member sebelah sedap jer tengah makan. Nasib baik time tu dia x abis edar makanan, boleh mintak. Selang sejam sekali dia akan bagi towel suam, rasa segar sikit. Time tu kepala aku memang weng sebab tak lena tido. Dalam  10 August at 02:47 waktu mana aku aku tidak pasti. Korang kira la sendiri, pada 10 Ogos 2.00 am aku bertolak dari KLIA, sampai Dubai around 7 jam. Aku bab2 kiraan masa ni lemah.

Sampai sahaja di airport Dubai kami bergegas cari surau untuk solat. Aku bergegas lebih sebab aku hendak memerut. Hendak memerut dalam flight tadi macam tak selesa. Ok, masa aku hendak cebok benda pelik berlaku. Air paip panas kot! Aku tidak tahu memang diorang sengaja atau memang air tu panas. Hendak kata cuaca panas, subuh lagi time tu. Aku ingat paip tandas sengaja panaskan agar mati kuman dekat bontot (haha..) tapi rupanya tempat amik wuduk pon airnya panas. Aku ni kulit ala-ala pan-asia (sila muntah) naik merah la.

Ok, setel solat. Tunggu la, flight untuk ke Dublin, Ireland. Time tu, kepala memang rasa berat gila. Pening tahap dewa orang cakap. Dalam flight lepas sahaja makan, aku mintak Paracetamol tapi orang tu tak paham. Cakap panadol baru paham. Aduhai.. Aku ingat diorang tidak tahu jenama panadol tu. Penat jer aku study medic untuk sebut paracetamol tu. haha.. Ok flight second ni, aku tarik selimut tutup satu badan. Dengan kepala2 sekali aku tutup. Nantak korang la nak makan ke apa, memang tahap pening sangat.

Aku rasa macam lama jugak aku tido. Sampai hilang pening kepala. Tapi.. Ada 3 jam lagi sebelum sampai . Mak ai, lama lagi tu, hendak layan movie macam tak best. Last2 aku leh layan cerita tamil mamat India sebelah aku bukak. Aku tidak dengar pon, tapi tengok lenggok tangan pelakon tu. Aku macam paham. wahaha.. Abis semua game dalam tv tu aku main. Siap boleh buat ranking dalam game tu. Sampai satu tahap flight attendance kena reset aku punya tv sbb hang.muahaha..

Sampai lah di Dublin, Ireland pada 10 August at 12:09 waktu apa korang kira lah sendiri. Around 8 jam dari Dubai. Keluar sahaja dari flight rasa dingin bangat. Dia tidak sejuk, hanya dingin. Sedingin suhu aircon di opis. Bermulah cara hidup mat saleh iaitu di tandas tiada air. Penjalanan kami bukan tamat disini. Tempat kerja kami bukan Dublin tetapi Cork. Maka, sambung lah perjalanan kami menaiki bas ke Cork yang mengambil masa 3 jam. Baiklah aku sambung esok cerita perjalan aku dari Dublin ke Cork. Good Nite semua, mahu beradu.

Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

5 thoughts on “Perjalan ke Dublin, Ireland

    1. travelog? hihi..aku update pon malas. cuti-cuti aku sebelum ini pon tidak tertulis. Ini pon gagahkan diri jugak menulis sebab malam-malam tidak buat apa. Kalau kat rumah tu sibuk main dengan anak :)

Leave a Reply