Sebelum ke Ireland

Assalamualaikum. Lama sudah tidak update blog. Asyik bertangguh sahaja. Alhamdulillah aku sudah masuk minggu ke 3 di Cork,Ireland ini. Apa aku buat di Ireland ini? Ha biar aku cerita dari awal. Dari mana aku hendak mula yer. Baiklah aku mula dari aku dapat tahu yang aku mungkin akan dihantar ke Ireland untuk berkursus. Masa aku dapat tahu tentang berita ini, aku anggap macam melawak jer sebab lepas berita tu senyap sahaja.

Tapi dalam bulan June kalau tidak silap aku, orang-orang Ireland mula datang ke office untuk attend beberapa meeting dengan orang sini. Time tu baru rasa macam kompem kena pergi ini. Aku dah inform pasal perkara ini dekat wife aku awal-awal masa kali pertama bos aku cakap mungkin tu. Bukan apa untuk prepare dari segi mental. Sebab boleh di katakan lama dan jauh. Setakat ini kami mana pernah berenggang lama.

Aku mula membuat research tentang negara Ireland ini. Tapi tidak banyak orang bercerita pasal negara ini. Mungkin tidak ramai orang datang ke benua Eropah untuk bercuti ke sini, majoriti akan ke London or Paris. Hasil bacaaan aku, ramai student Malaysia yang study medic dekat sini. Melancong? macam tidak ramai bercerita.

Bawak pergi kedai sampai tak boleh lipat dompet. Sekali dapat 2 keping jer
Bawak pergi kedai sampai tak boleh lipat dompet. Sekali dapat 2 keping jer

Masa awal tu memang teruja la, tapi bila dekat dengan tarikh pergi. Tiba-tiba bertukar jadi cuak. Macam tidak percaya pon ada. Mana tak cuak, paling jauh aku pergi Indonesia jer pon. Ireland? Dah la jauh, lama pulak kot. Dua minggu raya rasakan bagai sekejap. Minggu pertama hari raya puasa memang beraya betul-betul. Minggu berikutnya sudah start kerja. Lagi seminggu hendak pergi barulah aku sibuk packing barang.

Packing barang yang di 'bantu' oleh budak ini. Memang lama jawabnya
Packing barang yang di ‘bantu’ oleh budak ini. Memang lama jawabnya

Flight aku hari Ahad, 10 Ogos 2014 jam 2.00 am. Jumaat malam tu, sempat lagi aku bedal Satey Kajang Haji Samuri di Kajang. Alasannya takut tidak merasa satey masa raya. haha.. Pukul 11.00 p.m aku bertolak dari rumah mertua aku di Cyberjaya. Time tu anak aku tidur, di angkut jugak. Nasib baik masa sampai airport dia jaga. Sempatla bermain dengan dia sebelum berlepas.

Satu bag sahaja baju, Lagi satu makanan jer
Satu bag sahaja baju, Lagi satu makanan jer

Ok nanti aku sambung perjalan aku ke sini.. Sekarang waktu lunch..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply