Welcome to Cork, Ireland

Assalamualaikum. Kebanyakkan orang mesti orang tengah lena dibuai mimpi masa aku tulis entri ini. Start awal sedikit hari ni sebab mood menulis tengah datang. Sambung dari entri sebelum ini Perjalan ke Dublin, Ireland aku teruskan pernceritaan aku dari Airport Dublin. Sesampainya kami di Dublin, Ireland kami disambut oleh anak CEO company yang kami Joint Venture (JV).

Dia datang untuk tunjuk bus stop sahaja, bukannya dia yang hantar kami ke Cork. Bas disini sama sahaja dengan bas-bas yang berada di Malaysia. Cuma yang specialnya disini. Hampir semua public transport ada perkhidmatan Wifi percuma. Perjalan dari Dublin ke Cork mengambil masa lebih kurang 3 jam. Lebih kurang..KL ke IPOH. Sepanjang perjalan ke Cork hanya pemandangan ladang-ladang dan gunung-ganang. Lembunya sihat-sihat belaka, kambing biri-biri tebal bulunya. Memang menghijaulah sepanjang perjalanan.

Ladang Gandum
Ladang Gandum
ireland highway
Pemandangan sepanjang highway

Sesampainya di Cork kami menunggu wakil dari syarikat menuggu kami. Lama juga menunggu, hendak call semua kedekut credit. Roaming kot, duit terbang bagaikan kertas. muahaha.. Tengah-tengah tunggu, tengah tengah cuaca panas tapi suhu sejuk tiba-tiba hujan. Time tu la, orang sini akan cakap “Welcome to Ireland”. Korang nak tau kenapa diorang cakap macam tu? Sebab di Ireland ni cuaca dia tidak menenentu, dengan tiba-tiba boleh hujan. Tapi tidak lebat sangat dan boleh dikatakan hampir setiap hari akan hujan disini.

2014-08-10 19.35.24
Menunggu orang pickup untuk ke hotel

Sekarang musim panas disini. Suhu maksimum boleh mencecah sehingga 17?c dan suhu minimum boleh mencecah pada paras negatif darjah celcius. Pada musim panas siang agak lama berbanding malam. Tengok jadual solat di bawah, korang boleh agak waktunya. Hendak masuk bulan 9 jadi awal sedikit perbezaan pada waktu solat sebab hendak masuk musim luruh.

solat

Rumah-rumah disini masih mengekalkan keaslian dari segi binaan. Rumah-rumah dibina di lereng-lereng bukit. Ia seperti huruf V yang di bawahnya adalah sungai Lee. Disini juga terdapat Cork Harbour :

Cork Harbour (Irish: Cuan Chorcaí)[1] is a natural harbour and river estuary at the mouth of the River Lee in County Cork, Ireland. It is one of several which lay claim to the title of “second largest natural harbour in the world by navigational area” (after Port Jackson, Sydney). Other contenders include Halifax Harbour in Canada, and Poole Harbour in England. The largest non-navigational harbour and the largest natural harbour in the world is New Zealand’s Kaipara Harbour, at 947 km².

Lee River
Lee River

Baiklah, sambung tadi menunggu orang jemput. Akhirnya orang ditunggu datang, dan kami menaiki teksi untuk ke hotel apartment. Kami menginap di The Montenotte Hotel. Alhamdulillah apartment yang di sediakan amat selesa. Apartment dua bilik lengkap dengan masin basuh with dryer, dish washer, microwave, oven, peti sejuk, tempat masak dan peralatan dapur. Ruang tamu lengkap sofa dan coffee table dan tv. Terdapat juga kemudahan gym,sauna dan kolam renang. Memang rasa bertuah dan amat berterima kasih kepada company tersebut.

2014-08-11 13.09.23
Pemandangan dari hotel
2014-08-16 13.20.43
Wefie dalam apartment

Baiklah sudah panjang aku bercerita. Nanti aku ceritakan minggu pertama aku di negara orang. Nantikan..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

2 thoughts on “Welcome to Cork, Ireland

Leave a Reply