Killarney, Ireland

Assalamualaikum. Aku bercadang hendak update tiap-tiap minggu aktiviti aku disini tetapi memang harapan. Bukan tiada masa untuk update cuma mood untuk menulis tidak ada, lagipun sudah skip dua minggu jadi lupa yang aku buat sebelum ini.

Lagipun tiada apa yang banyak untuk dicerikan, aktiviti aku setiap minggu sama. Isnin hingga jumaat memang kerja, weekend jalan-jalan di city. Sebab pergi kesini bukan untuk tujuan bercuti jadi, tidak banyak la aktiviti dilakukan. Tetapi kami tetap mencari peluang untuk berjalan pada weekend untuk release tension selepas lima hari berhempas pulas di office untuk siapkan kerja.

20140905020207

Baru-baru ini kami mengambil peluang untuk ke Killarney. Inipun rancangan dari CEO company ini sendiri untuk memanjat gunung. Jadi kami ambil keputusan untuk menyewa kereta sebab hendak naik teksi kena sewa dua teksi sebab ramai. Sini teksi boleh tahan harganya. Perjalan dari Killarney mengambil masa lebih kurang sejam setengah dari Cork. Lebih kurang 20 km sahaja highway lepas itu jalan kecil. Macam aku pernah cerita sebelum ini, sepanjang perjalanan akan nampak pemandangan hijau dan ladang-ladang sahaja.

Sampai sahaja di pekan Killarney kami singgah dan mencari masjid untuk solat. Pekan Killarney ni kecil sahaja, tapi macam-macam ada. Di Killarney ini ramai pelancong datang untuk menikmati ke indahan alam. Di Killarney ini juga terdapat Killarney National Park ( http://www.killarneynationalpark.ie/ ), jadi memang tidak pelik pelancong ramai datang. Dari pekan ke taman negara memang terdapat banyak hotel-hotel di sepanjang perjalanan.

killarney tree

Sampai sahaja disana kami berpecah kepada dua group. Satu group mendaki gunung dan satu lagi group picnic and jalan-jalan. Aku ambil group untuk picnic dan jalan-jalan sebab time tu kasut aku memang tahap kritikal (alasan boleh tak :P) Jadi kami angkutlah periuk belanga. haha.. Time tu rasa macam di perhatikan sebab majority orang datang sini untuk riadah, kami lak datang untuk makan. muahaha..

Kami dipandu arah oleh besan CEO tu, aku lupa pula nama dia. Orang disini eja nama lain, bila sebut lain. Memang tak la aku hendak ini. Apa yang bagus dia ni, memang serba tau. Memang best la, sebab rasa macam pemandu pelancong. Sambil jalan-jalan mencari port makan, berceritalah dia sejarah, keluasan, pokok, bangunan dan sebagainya. Memang tidak bosan.

Muckross Lake

Muckross Lake

Maka jumpalah kami port yang menarik untuk picnic. Memang cantik tempat ini. Tak caya korang leh tengok gambar tu sendiri. Ok, menu picnic time tu sambal udang dengan sayur campur yang dimasak oleh geng perempuan. Yang lelaki masak nasi jer. Maka kami ajak mat saleh tu join sekali. Makan dia makan la. Dia rasa sambal udang tu and cakap ‘very hot’. Then dia sambung ‘harap benda ini tidak membunuh saya’ (aku tolong translate). Aku ni yang suka makan sambal rasa sambal udang tu pedas gila, macam manalah mat saleh tu rasa. Aku tengok merah muka dia, siap berair hidung dia. muahaha.. kecian betul. Hope dia tidak cirit birit balik nanti.

20140905152429

Selepas makan kami meneruskan perjalan ke Muckross House, Gardens & Traditional Farms ( http://www.muckross-house.ie/ ) yang teletak dalam national park ini juga. Tempat ini kena bayar untuk masuk. Harga aku tidak pasti sebab orang lain yang bayar. Dari nama tempat aku rasa korang dapat agak ada apa dekat sini. Disini terdapat rumah-rumah peladang zaman dahulu. Setiap rumah kita boleh masuk dan lihat di dalamnya. Dan di dalamnya akan ada orang jaga dan bercerita ini siapa yang duduk rumah ini, berapa orang yang duduk dalamnya dan jenis binaannya. Siapa hidang roti homemate tapi macam biasa, bab makan-makan ini kena berhati-hati. Bila was-was maka elakkan.

20140905164207

20140905164401

Diorang susun mengikut rumah kecil hinggalah yang besar. Kira besar tu tokey ladang 100 hektar. muahaha.. Disini juga aku merasakan buah blackberry (bukan hp) yang fresh di petik sendiri dari pokok. Aku ingat blackberry ni besar dia macam anggur, rupanya kecil sahaja. Masuk disini memang banyak ladang dan binatang lembu,kuda,keldai,itik,angsa,ayam belanda,ayam dan paling penting babi yang besar punya. hahaha..

20140905165649

Pokok blackberry
Pokok blackberry

20140905173734

 

Selapas habis round, satu park tu geng pendaki tidak turun lagi. Jadi kami ambil keputusan untuk singgah ke Nike outlet. Sampai disana, memang tengah ada promotion. Murah kot, 1/2 price dan dijamin ori. Aku hendak beli kasut untuk anak aku, tapi tidak tahu saiz. Hendak call wife aku kompem la tengah tidur. Jadi kami ambil keputusan untuk datang kali ke dua. Tunggu next entri aku untuk cerita kedatangan kami ke sini untuk kali ke 2.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

6 thoughts on “Killarney, Ireland

  1. Orang Irish ni dalam sejarahnya memang ramai golongan petani. Dalam banyak-banyak negara Europe, diorang ni kira cool la jugak, sebab takda tanah jajahan macam jiran diorang, British tu. Hehe

Leave a Reply