Bas Aku Naiki Mengalami Kemalangan

Assalamualaikum. Selamat Malam semua! Lama aku tidak update blog belah malam sebab sebelum ini rumah aku tiada internet. Mana perginya Wiggy yang aku bangga² itu? Wiggy aku bagi cinta hati aku pinjam sebab internet dia kena bar. Kini aku dapat kembali Wiggy aku dan insyallah akan mula aktif berblog semula.

Semalam aku pulang ke kampung halaman. Takder kerja ker kerap sangat balik kampung. Ha, ade sebab mustahak aku balik. Sebabnya hendak membincangkan untuk menghantar rombongan meminang. haha..acah ker :P Nanti aku ceritakan sebab sebenarnya.Kali ini aku balik kampung menaiki bas. Punya lama aku tidak menaiki bas. Last menaiki bas, 2 tahun lepas. Memang lama gila sampai rasa nerves hendak naik. Terima kasih pada Linda sebab sudi hantar aku ke stesen bas sampai berlaku satu kerjadian yang buat aku rasa bersalah gila dengan dia.

Aku menaiki bas Transnasional. Hanya bas itu sahaja aku percayai sejak dahulu lagi. Bas lewat sampai dekat pukul 8.00 malam baru berlepas. Linda siap hantar sampai ke bus tu.hik3..baik kan dia :) Nasib baik sebelah seat aku tiada orang, jadi sedap la aku melingkar sampai kaki naik keatas. Selepas sahaja memalui pekan Kapar…pang! Bunyi cermin pecah. Semua orang dalam bas terkejut termasuk pemandu. Aku mengucap siap². Pemandu tanya dekat penumpang ada tak yang cedera. Semua cakap takder.Aku pon tidak tahu apa yang pecah tu,pemandu tidak berhenti tapi teruskan perjalanan.

Sambil bawak pemandu tu membebel². “Takder otak punya orang, pegi baling batu. Nasib baik tidak kena aku, kalau kena aku bukan aku sorang mati tapi 25 orang sekali”. Ha lebih kurang macam tu la ayat dia menyumpah. Dari situ aku tahu sebab bunyi itu. Pemandu itu singgah balai polis sebab hendak buat report. Sementara itu aku amik kesempatan itu untuk tengok keadaan bas. Dah macam CSI lak aku ni menyibuk. Tapi teruk gak la sebab berlubang cermin tu.Berterabur serpihan kaca dalam bas.

Dari Padangan Hadapan Bas
Dari Pandangan Dalam Bas

Sebab kejadian itu bas lari dari jadual sebenar. Apa lagi, pemandu bawak la macam pelesit kota membelah keheningan malam. Kalau boleh aku hendak elakkan naik bas lepas ni.Takut wo bila tengok kejadian dekat tv. Tapi ajal maut ditentukan Allah. Tapi takperkan mengelak diri benda yang membawa maut. Kadang² kejadian kemalangan jalan raya bukan sahaja sebab pemandu itu sendiri tetapi dari unsur² luar. Tapi majoriti kemalangan adalah sikap tidak sabar pemandu itu sendiri.

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

8 thoughts on “Bas Aku Naiki Mengalami Kemalangan

Leave a Reply