Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat semua. Hujan lebat turun mencurah-curah di kawasan Shah Alam ini.Ingat lagi dengan entri semalam. Kalau tidak ingat atau tidak baca sila baca sekarang “Bas Aku Naiki Mengalami Kemalangan“. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku naik bas, mana pergi kereta aku tu? Tak kurang juga ade member aku mengutuk kata hendak jimat minyak. Eh korang tahu tak kos aku naik bas sama dengan aku naik kereta. Harga tiket bas dalam RM 21.40. Aku balik kampung naik kereta sendiri RM26.00±. Tidak sampai RM10.00 bezanya. Memang mahal gila naik bas sekarang. Dulu aku naik tidak sampai RM20.00 balik Lumut, Perak.
Aku bukan saje² naik bas. Apa, ingat aku suka sangat ker naik bas. Dah la lambat dan aku rasa tidak selamat ditambah lagi tidak selesa. Kalau bukan sebab perkara yang tidak boleh di elakkan, terpaksa la aku naik bas. Tujuan aku balik ke Perak untuk mengambil motor yang aku beli hari isnin lalu. Hasil dari duit raya aku dapat, cukuplah aku membeli sebiji motor untuk digunakan pergi ke tempat kerja :P Awat jauh sangat aku beli motornya sampai ke Perak? Dekat Shah Alam ni takder ke kedai motor? Nama pon anak perak, serba serbi kena ade kena mengena dengan Perak. :) Kereta pon aku beli di Perak, masa tu aku berada di Melaka. Lagi jauh.hihi.. Kereta berplat AGR XXXX dan motor AHG XXXX

Inilah motor yang aku beli, Modenas CT100. CC kecik jer sebab ini jer yang termampu aku beli dengan duit raya yang dapat lagipon buat apa cc besar bukan pergi mana pon. Hendak pergi kerja jer. Hari ini baru cadang hendak pergi kerja naik motor tapi hujan pulak turun dengan lebatnya. Dulu aku pernah pakai motor sebelum pakai kereta ini. Aku pernah bawak motor kapcai aku tu dari Perak sampai ke Melaka. Tapi bukan direct terus,singgah Shah Alam dulu. Mau patah pinggang aku, kalau superbikes lain la cerita. Mana pergi motor aku sebelum ini? Telah ku jual kepada mak aku sebab tidak cukup duit hendak buat downpayment kete.hehe.. Aku still gunakan helmet masa aku pakai motor dulu. Adik aku cakap “Jangan badi excident hari tu melekat helmet sudah”.Mulut x der insurans punya budak.






wah…motor edisi raya pun ada :)
@eliss: kata raya sume nak baru kn.ha ni dia moto baru kuar.hihi..
wahh cantik la komen2 kat atas ni..macam dalam iphone lak..blog ni pon cantik sebab kemas je…ok bak duit raya sebab puji..haha gurau je :p
betul2 anak perak ni. sume nak plate perak. hehe naik moto ni ok…jimat…tapi kalo time hujan mmg susah la..bulan oct ni nanti lg la byk hujan…
@nur hidayah isa: tu dia ramalan cuaca.hihi.. Nak duit raya yer,umo brp ni.klu bwh 18 blh la kasi.hihi..
jgn muka ko keluar tv gi keje layan superman dah la…kehkehkeh
@Sky0ne: superman pakai baju kemeja dgn kasut kulit yer.haha..