Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini raya ke-5, aku sudah mula masuk kerja. Jalan raya masih lengan sama dengan office. Dua orang jer aku kat office ni, punya la sunyi. Raya tahun ini aku rasa macam tidak semeriah tahun lepas. Kronologi hari raya aku :
9 Sept 2010 bersamaan 30 Ramadhan 1431H (Khamis)
Aku masih lagi datang kerja. Unit aku yang tinggal hanya 2 orang. Dekat tengah hari dapat information VC bagi halfday, jadi terus balik rumah. Sumbat semua baju dalam kete then gerak dalam pukul 1.00 petang. Keadaan jalan sesak sedikit apabila di kawasan lampu isyarat terutama kawasan Tanjung Karang. Sampai Manjung, Perak dalam jam 5.00 petang. Malam lepas berbuka pergi keluar pergi shopping raya buat kali terakhir. Pergilah aku ke Uptown Manjung tapi banyak kedai tutup, then terus gerak ke Billion, Manjung. Pergh punya ramai orang. Patut la ramai, ada banyak diskaun. Apa lagi,sapu satu kemeja.
10 Sept 2010 bersamaan 1 Syawal 1431H (Jumaat)
Hujan turun dengan mencurah-curah di pagi raya. Aku pergi solat sunat aidilfitri dekat masjid berdekatan. Nasib baik datang awal, punya ramainya orang sampai berdiri di belakang. Dah berdiri tu mean tak sembahyang la, takkan sembahyang diri kot. Ingat solat jenazah ker. Lepas sembahyang raya terus gerak ke rumah mak lang yang terletak di Batu Gajah, Perak. Beraya dan bermalam di situ sahaja la, sebab rumah mak ngah pon dekat dengan rumah dia. Malam, bosan tahap melampau, pergilah tengok wayang di Ipoh Perade cerita Senario Assam Garam (Tak best langsung!)
11 Sept 2010 bersamaan 2 Syawal 1431H (Sabtu)
Beraya rumah sedara yang terletak berdekatan dengan airport Ipoh. Sedara belah mana pon aku tidak kenal. Tapi sedih juga tengok dia, sudahla anak dia OKU lepas tu mak dia pulak sakit kena breast cancer. Memang sedih tengok nasib diorang. Lepas itu pergi ke rumah Makcik Normah (kawan mak) yang terletak dekat-dekat di situ. Then gerak pergi rumah sedara di Gopeng, Perak. Sampai umah mak lang terus tidur mati sebab kekenyangan + keletihan. Petang gerak balik Manjung.
12 Sept 2010 bersamaan 3 Syawal 1431H (Ahad)
Tengah hari cikgu Liana ajak beraya ke rumah dia. Macam raya sebelum ini, dimulakan dengan satu rumah then baru yang lain ajak datang ke rumah. Baiklah aku senaraikan rumah dan special menu.
- Liana (Bihun Tomyam)
- Saadiah (Laksa Mee)
- Anak Perak (Rumah aku la tu, special menu kek lapis Sarawak. Special tu,import dari sarawak.hehe..)
- Farieza (Laksa dan Kueyteaw yang di masak sendiri)
- Saidatina (Entoh aku tak ingat menu dia, sebab aku minum pon tak. Perut sudah tidak muat)
Tahun ini tidak meriah tahun lepas sebab tidak banyak rumah sempat pergi dan tidak ramai yang join rombongan serbu rumah orang ni. Kalau macam tahun lepas dua hari berturut-turut beraya siap dua bas pergi.haha..gila melampau.

13 Sept 2010 bersamaan 4 Syawal 1431H (Isnin)
Sebelum gerak balik Klang singgah dulu kedai motor sebab duit raya banyak ni,jadi hendak angkat motor satu.hehe.. Dari sini gerak ke rumah Linda, tapi sebelum tu singgah mencekik darah di McD Setiawangsa sekali terserempak Linda dan Mama dia.erk..kecut perut aku. 1st time der aku jumpa mama dia. Kecut perut pon,abis jugak aku mecekik Chicken Mc Deluxe.haha..Kak Sumijelly jemput ke rumah perent dia yang merupakan rumah bagi cik Norfa. Jadi apa lagi, aku ajak la Linda yang tidak berapa sihat tu ke rumah cik Norfa. Cik Norfa buat soto tu. Pergh, langsung tak sedap.haha..gurau jer. Sedap wo..nanti korang serbulah rumah dia. Ha, nak bagi tahu ni. Kak sumijelly ajak pergi umah dia khamis ni :P
14 Sept 2010 bersamaan 5 Syawal 1431H (Selasa)
Pergi kerja seperti biasa.huhu..Beraya di Restoran Hakim Sek 7 :P
P/S : Harap maaf gambar memang tiada sebab aku memang bukan jenis kaki bergambar (malu terhadap kemera :P)


khamis nie ek…
waduh.. bro ade kat ipoh la pulak huhuhuu
oit..suka suki announce dalam nie…
ko dtg umah kak sumi ..
meh jadi tukang masak…….
@Sumijelly: haha..sy x der.lik kmpg time tu.
kem salam kat aweks cun kat blakang2 tu eh :P
@connie: mn awek cun?x nmpk sorg pon yg cun.wakakaka… :P
ammvoiii raya sakanns.. ehehe
statement tak buleh belah di bawah itu..
bukan kaki bergambar eh..
haha!
ko takde owang nak amik gambar nih..
(gurau je wweyh),,
selamat hari raya.
tgk pada dairi tu msacam meriah la juga.
tak macam saya.
@noorafzan: x semeriah thn lepas.tahun lepas seminggu bt jelajah rumah org braya.hihi..
@en_me: ini br 4 hari braya.raya kn sbln.nnt lg meriah dgn open haus.hehe..
ha ha ha….ko kutuk ye soto aku!
nak pi raya rmh linda ajak aku skali. aku nk itot! hehe
@Cik Norfa: linda pon x ajak aku g umah dia.mcm mn aku lak nk ajak ko.hihi..
waahh..siap ada kronologi beraya lgi…kelaassss
@aurikel: ini baru brp ari.thn lepas siap buat seminggu.hihi :P