RESEPI BISKUT CHOCOLATE CHIP YANG MUDAH & SEDAP!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yihaa! Mood nak buat kuih raya sudah tiba. Sebelum buat biskut chocolate chip ni, dah siap 2 balang kecil biskut cornflakes madu. Nyum nyum!

Antara bahan-bahan

Jpeg

Sukatannya adalah

BAHAN A

1 ketul butter (lebih kurang 230 gram)

3/4 cawan gula pasir halus (blend lagi)

3/4 cawan gula perang

1 biji telur

1 1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan kering (diayak)

2 1/4 cawan tepung gandum

1 sudu teh serbuk penaik

1/2 sudu teh garam

Bahan tambahan

2 cawan chocolate chip

2 cawan badam

Bab ayak, gigih aku ayak guna penapis air kopi. Ha ha ha!

Semua bahan-bahan bancuh manual tau! Guna tenaga tangan suami jer. Tak de mesin bancuh (gaya macam mesin bancuh simen. Ha ha!)

Cara-cara

1- Panaskan oven ke 180 c

2-Satukan BAHAN A dalam mangkuk, gaul hingga sebati.

3-Masukkan bahan-bahan kering dan gaul lagi hingga sebati.

4-Masukkan chocolate chip & badam. Gaul rata.

Jpeg

5-Dah bancuh semua, susun adunan tadi atas tray yang dialas dengan baking paper.

Jpeg

Panaskan ke dalam oven pada suhu 180 c, selama 10-15 minit.

1st round bakar cookies ni, hangit! Ha ha!

Jpeg

The next round, dah ok dah. Tapi adik kata cookies leper macam cucur. Ha ha! Tak per, rasa bukan sekadar rupa. yang penting sedap.

Dengan adunan ikut sukatan ni, dapatlah 1 1/2 balang chocolate chip cookies.

Jpeg
Ha ah laa…nampak macam cucur! Ha ha ha!

Buat awal pagi, nak tunggu waktu berbuka baru nak rasa macam lambat pulak. Habuan Afiq & Arif dulu lah.

Jpeg
Afiq
Jpeg
Arif

Ini apa kata Afiq…

Bila dapat testimonial macam ni dari Afiq, Mama rasa macam nak melompat tinggi sampai ke bintang! Ha ha ha!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply