Menjadikan TV bodoh ke Smart TV dengan Chromecast

Assalamualaikum dan selamat hari raya di ucapkan kepada pembaca blog Anak Perak. Sebelum ini aku ada share mengenai YouTube Kids di Facebook Blog Anak Perak. Selepas install aku cast ke TV. Ada orang tanya aku pakai smart tv ker. Tidak, tv aku tidak berapa smart malah tiada sambungan WiFi. Jadi bagaimana menjadikan TV anda smart tanpa perlu membeli tv baru?

Solution dia, belilah Chromecast. Pada yang pertama kali mendengar mengenai Chromcast ini aku ceritakan serba sedikit. Chromecast ini merupakan salah satu produk dari Google. Ia bukannya benda baru dan telah keluar model baru iaitu Chromecast 2 dan Chromecast Audio. Nama pon cast jadi anda pasti tahu alat ini untuk apa. Ya, alat ini digunakan untuk memancarkan dari telefon ke tv di rumah anda.

Yang sebelah kiri model lama dan yang kanan baru
Yang sebelah kiri model lama dan yang kanan baru

Bagimana alat ini berfungsi? Alat ini akan membuat sambungan Wifi di rumah anda. Jadi menjadi keperluan anda mempunyai wifi di rumah. Internet? Optional untuk ada. Tapi jarang orang pasang wifi tanpa internet. haha.. Bila ada alat ini, anda akan cucuk di HDMI port. Selepas itu di telefon anda, anda akan install Google Cast (IOS or Android) selepas itu follow step. Pastikan anda menggunakan connection Wifi yang sama, kalau tidak, tidak jumpa device korang tu.

Bila anda cast sepeti Youtube, anda tidak perlu kuatir bateri hp cepat habis sebab streaming tidak menggunakan telefon anda. Chromecast anda streaming dan hp anda digunakan sebagai remote sahaja untuk pilih dan kawal bunyi. Untuk maklumat lanjut, boleh lihat di sini : https://www.google.com/intl/en_my/chromecast/tv/#?discover

Apa yang anda boleh cast? Antaranya youtube,iflix,netflix,chrome dan anda juga boleh cast album gambar dalam phone korang,video dalam hp korang dan banyak lagilah. Disebabkan astro telah tapau habis lesen HBO, Disney Channel dan lain-lain maka tidak boleh gunakan App tersebut di Malaysia. Untuk senarai applikasi boleh lihat di sini : https://www.google.com/intl/en_my/chromecast/apps/.

Di mana hendak beli Chromecast ini? Pengedar rasmi di Malaysia adalah Lazada. Lazada jual RM199. Kalau korang ada discount code, boleh la guna. Jimat sendiri. Setiap harilah Lazada ada discount, kena pandai cari. Masa aku beli dapat FREE setahun Iflix. Sekarang tengok macam x der. haha..

About Emi

Emi atau nama sebenar Mohamad Zulhelmi berasal dari Sitiawan, Perak dan sekarang menetap di Shah Alam. Seorang programmer di sebuah organisasi yang terpaksa di rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Mula aktif berblog pada akhir tahun 2008.

Leave a Reply