MUDAHNYA AJAR ANAK GOSOK GIGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Gosok gigi. Nampak macam hal mudah tapi tak semua orang rajin gosok gigi bila perlu. Ada jugak jenis tak kisah langsung kalau tak gosok gigi dalam sehari. Euuuw!

Bab kebersihan ni kena ambil peduli. Kalau benda asas pun buat tak peduli, habislah yang lain-lain. So, ini antara tips yang aku guna untuk ajar Afiq & Arif pasal gosok gigi.

Tips 1 – Ajar ketika anak masih kecil

Bab ajar anak ni, selalunya lebih afdal ajar time anak masih kecil. Senang nak ‘bentuk’. Nasiblah Afiq & Arif dapat Mama jenis ‘asal mandi je kena gosok gigi’. So, jadi rutin dan lama-kelamaan Afiq & Arif sendiri yang akan mintak nak gosok gigi bila tiap-tiap kali mandi. Belum sempat siram air pun, masuk je toilet, terus mintak nak gosok gigi. Advance betul! He he.

Kadang-kadang Mama nak cepat, lupa gosokkan gigi anak, mesti Afiq sound “Eh Mama… Afiq tak gosok gigi la..” Masuklah balik dalam bilik air, gosok gigi. Ha ha ha!

Tips 2 – Biar anak buat pilihan sendiri

Masa nak belikan berus gigi & ubat gigi, aku berikan kebebasan pada anak untuk pilih warna / corak apa dia nak pada berus gigi. Perisa apa dia nak untuk ubat gigi. Pastikan berus gigi & ubat gigi yang sesuai untuk kanak-kanak. Ikut suka nak perisa apa pun.

Tips 3 – Gosok gigi bersama

Masa Afiq umur kurang dari 2 tahun, bolehlah kalau nak mandi sama-sama dengan Mama. Masa tu lah kami together-gather nak main gosok gigi sama-sama. Sekarang dengan Papa pulak.

Tips 4 – Beri pujian pada anak

Hampir kebanyakan manusia suka dipuji. Anak kecil pun begitu. “Waahh! pandainya Afiq gosok gigi..” (sambil Mama buat muka kagum) dan Afiq akan tersengih malu tapi bangga. Ha ha! “Haaa.. cantik gigi diaaa..” Arif sengih bila aku suruh tunjuk gigi. Ha ha!

Tips 5 – Hiasan dalam bilik mandi

Aku belikan tempat letak berus gigi watak kartun untuk bagi anak-anak rasa lebih excited. Itu yang masuuuk je toilet, tak sempat basah badan terus mintak nak gosok gigi. Nampak tak betapa excited nya Afiq & Arif tu?

Jpeg
Tempat gantung berus gigi

Seronok punya pasal, kadang-kadang Arif menangis TAK NAK keluar dari bilik air sebab nak main-main gosok gigi sampai puas. Haihhhh.

Tips 6 – Buat aktiviti gosok gigi jadi seronok!

Haaa… Part ni, aku memang suka. Gosok gigi sambil nyanyi. He he.

Selalunya aku akan nyanyi lagu Didi And Friends. Tersengih-sengih budak 2 orang tu dengar Mama dia nyanyi sambil gosokkan gigi anak. Itu sengih sebab Mama nyanyi merdu kan? Ha ha!

Nasiblah dapat Mama suka menyanyi nak oiii!

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply