Semalam aku pergi beraya ke rumah cinta hati aku. Kali pertama aku masuk rumah dia, selalu pergi tunggu kat bawah rumah jer. Aku sampai dalam pukul 1.30 petang. Time tu ada satu keluarga sudara dia. Aku duduk dan mama Linda suruh makan tapi aku cakap hendak tunggu Cik Norfa dan Cik Helena yang sampai dalam kul 2.00+ petang. Sampai sahaja diorang tunggu apa lagi, mengcekik la. Menunya Nasi Impit, Pulut Kuning, Rendang Ayam dan paling special Mee Jawa. Lama jugak kami lepak sampai Cik Norfa dan Cik Helena boleh makan 2nd round. Aku tak boleh dah 2nd round sebab 1st round aku dah sapu semua.


Dalam 4.30 petang Cik Norfa dan Cik Helena pun hendak beransur pulang. Aku pon bersalaman dengan mama Linda mintak izin untuk balik sebab sudah lama aku melepak dekat rumah Linda tu. Lepas hantar diorang, aku call Bean tanya hendak datang or tak. Bean kata nak datang jadi aku naik balik rumah Linda, tunggu punya tunggu sampai pukul 6.00 petang tak nampak batang hidung dia yang mancung tu. Linda ajak la aku pergi beraya rumah mak andak dia. Aku mintak izin lagi sekali dengan mama Linda untuk pulang.

Sedang beraya rumah mak andak Linda, Bean sms tanya boleh datang atau tak. Mula-mula Linda cakap tak boleh coz dah kuar. Sekali dia kuar ayat sedih sampai aku dengan Linda menitis air mata membacanya. Jadi Linda pon call kata boleh, jadi patah balik aku kerumah Linda. Maksudnya ini kali ke 3 aku beraya rumah Linda. Dalam kul 8.30 malam Bean call cakap tak tahu jalan, jadi keluarlah kami pergi menjemput dia dan Ain di Petronas Setiawangsa. Selesai melayan bean yang dua kali tambah makan mee jawa, aku pon mintak izin lagi sekali dengan mama linda untuk balik. Sebelum lik mama linda yang baik hati tapaw makanan untuk aku bawak balik. Terima kasih banyak² mama makcik sebab layanan dan makanan ni. :) Lepas itu aku dengan Linda pergi layan cerita Piranha. Ha,nanti aku cerita apa terjadi masa tengok cerita Piranha.







bersanding nnt jangan lupa jemput lak bro!
ehhh
bila ko tuka template?
hahaha x pasan =P
ohh seronok beraya kat rumah tersayang =)
@JMR: Insyallah lmbt lg bro
@ery farieha: Bulan lepas lagi.hihi..x der la.baru jer lagi.
Lagi seronok beraya umah ko klu ko bagi duit raya.haha..
alololo suwitnye pasangan ne..hehehe
oi mee jawa tu sedap sangat lah!
@cikhelena: nnt kita suruh linda msk lagi yer.hihi..
haha..kbnyakkan gambar curi aku yg amik..wakakaka!
linda…aku nak order mee tu lagi..sodap weh!
@Cik Norfa: wah ramai puji ni.bangga gila linda.tiap2 minggu dia buat mee jawa nnt.hihi..
alhamdulillah la kau orang suka mkn mee tu. saspens gak aku …huhu..ni aku tambah smgt nak masak sedap2 ni :D
slmt hari raya bro. wahh meriah btol
@ReD: lg kerap la i dtg sana makan yer.hihi..
@matjoe: selamat hari raya tu u. nnt bt open haus jgn lupa jemput
cewah2.. semoga bahagia. da bahgia jgn lupe aku lak tau.
@connie: ko ler.bl step seterusnya iaitu menimang anak.haha..
Phuaaahhhh~ best tuu.. tak ajak aku pon? =P
Selamat Hari Raya AP! =D
yours
SH
@shahroll photo: Bukan rumah aku, klu umah aku ye la aku ajak.hihi..