Assalamualaikum dan salam sejahtera

Program PERMATA Pintar yang dianjurkan oleh UKM – UPSI (NCDRC) telah dibuka bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 4-6 tahun. Ujian PERMATA Children Intelligence Scale (PCIS) dibuka pada
1 September 2019 – 15 Oktober 2019
PCIS ini bertujuan mengenalpasti kanak-kanak pintar dan berbakat dalam Malaysia dan mencetuskan minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). Kanak-kanak yang terpilih akan ditawarkan untuk menyertai Junior Science Camp 2019 yang akan diadakan pada 23-25 November 2019.
Ujian kelayakan boleh dilakukan atas talian http://pcis.permatapintar.edu.my/ . Sila ikut arahan yang diberikan.

Ujian dilakukan oleh kanak-kanak dengan bantuan orang dewasa (Ibu/Bapa/Penjaga/Guru tadika-perlu dapatkan kebenaran ibu/bapa kanak-kanak untuk ambil ujian PCIS). Bantuan yang diberikan adalah membacakan soalan dan menekan/menaip jawapan yang disebut oleh kanak-kanak.
Tiada tekanan dalam tempoh menjawab soalan. Boleh berulang log in-log out dalam sistem untuk menyelesaikan soalan yang belum dijawab sehingga selesai. Biasalah kanak-kanak susah nak fokus lama.
Selepas tarikh tutup, calon yang berjaya akan dihubungi melalui maklumat emel sekitar November 2019. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat , terkini dan boleh dihubungi.
Jom sertai!
*Terkini – Memandangkan ada viral yang menyatakan bahawa program PCIS 2019 ini adalah PALSU bertujuan untuk mencuri data dan menggugat keselamatan kanak-kanak, maka Mama terus ambil inisiatif untuk menghubungi pihak berkenaan (NCDRC UPSI, UKM dan MOE)
Disertakan maklumat tambahan untuk rujukan pembaca. Semoga usaha Mama ini membantu mengurangkan/menghilangkan kerisauan para ibu bapa.
*Kemaskini : Bukti emel dan maklum balas dari pihak NCDRC berkenaan kesahihan program PCIS 2019

Boleh rujuk laman web NCDRC di link berikut -> http://ncdrc.upsi.edu.my/program-junior-science-camp-2019/
Kenyataan media dari FB UPSI

Bukti emel dan maklum balas dari pihak UKM

Bila bab memberikan data peribadi kepada awam, seeloknya perlu tapisan dan disarankan untuk rujuk kebenaran hebahan maklumat dari pihak berkenaan.
Ok! Selamat mencuba
Penting utk mendapatkan berita hebahan tu betul atau fake… Bikin risau kalau fake dan terbagi segala maklumat.
setuju! lagi-lagi maklumat yang boleh mengancam keselamatan ..
Terima kasih atas perkongsian. Pernah juga dulu join permata pintar punya test dulu masa sekolah. Haha apa2pun skrg ni semua perkara kena kenalpasti sama ada ianya benar atau tidak.
Uiyyooo.. Zaman sekolah. Lama sangat dh tu yer wujud program mcm ni. Baru tahu.. Hehe
Ha betul ! Baru ni ada terbaca . Boleh lak viral kata palsu , maunyer geng mak-mak ni tak melompat baca . Sal pun nak try register untuk anak
saya pun antara mak yang melompat tu lah.tu pasal gigih contact pihak berkenaan.hehehe..jom try sama.weekend cuti 3 hari ni, dok buat tu je lah.
ADA LAGI KER PROGRAM PERMATA PINTAR NI BUKAN DAH TUKAR NAMA KER ATAU YANG NI LAIN PUNYA HEHEHE TAPI BETUL KATA PEPATAH NAK LENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA BEGITULAH NAK DIDIK ANAK BARU SENANG DAN MUDAH MASUK HEHEHEHE…
Errmmm.. Kalau baca dari sejarahnya, still program yg sama..
Wahh. Tak tahu pulak ada program kanak2 pintar 4-6 tahun ni. Boleh la nanti nak masukkan anak dalam program ni. Mana tahu dapat cungkil bakat kanak2 kan
Saya pun baru tahu tahun ini. Program ini mula tahun 2016 lagi.. Haaaa.. Bolehlah cuba sertai utk anak..
bagus program macam ni. menggilapkan lagi bakat yang anak ada. satu program yang patot dibuat peringkat negeri. persaingan yang sihat.
Program macam ini memamg bagus. Penyertaan seluruh Malaysia pun mencecah ratusan ribu peserta. Tapi yang terpilih hanya puluhan sahaja mengikut zon.. Fuh
Tiga anak sy pernah amik ujian prog ni. Kiranya Lps smpi tahap kedua. Cuma sorang jer pernah lps sampai interview dan menyertai kem hujung tahun. Dan ianya sangat bagus
Wohaaaa.. Ye ke? Atas peringkat lain rupanya.. Siap ada interview. Fuh. Gigih juga nak sampai final camp yer..
Baguslah share tp apa2 pun kena teliti btl2
setuju tu..sbb tu share bila dah sahih:-)
Terima kasih atas pengongsian info ni. Mouse mommy nak cuba jugak.
sama-sama :-) jom cuba..semoga berjaya!
Yeayy nasib baik program ni masih dijalankan. Politic asides but program ni betul2 bagus byk lahirkan budak2 pandai. And yeah they should check fake ke idok but this is good opportunity for them to take it.
yesszzaa! tak berkembang bakat kalau asyik libatkan politik.
Ruby pun join, cuma last week tetiba cakap scam. Terkejut tau. sebab butiran peribadi dah diberi, alamat sekolah playschool pun kena isi kan? meremang bulu roma. takut ada kes culik kat playschool ke apa ke kan. Sebab nak isi butiran semua ni memang lengkap tentang anak-anak kita. Fuhh nasib baik bukan scam. Thanks Linda!
sama-sama ruby :-)
linda pn x tau pasal viral scam tu. entah mcm mana ada 1 parent kat tadika anak tu respons n share pasal viral scam tu. teruslah laju-laju emel n contact pihak berwajib. alhamdulillah bukan palsu. tapi belum start join lagi untuk hazims..
Wah bestnya ada iniasetif macam ni. Kanak-kanak mmg perlu dicungkil bakat dan kebolehan dari kecil lagi. Boleh share dekat anak-anak buah. huhuh
selalunya bakat mmg dicungkil dr awal usia,dr situ boleh tentukan hala tuju masa depan dorang..selamat mencuba :-)