Assalamualaikum & salam sejahtera
Kali ke-2 mengandung ni baru tergerak nak study pasal bacaan Hb (Hemoglobin) & BP (Blood Pressure) @ Tekanan Darah. Ini pun sebab laporan kesihatan masa check-up tak berapa bagus. Kalau doktor kata OK, memang aku buat deeerrkkk je. He he.

Apa maksud bacaan Hb?
Bacaan untuk menentukan paras Hemoglobin dalam darah yang diukur melalui sampel darah yang diambil. Hemoglobin adalah protein yang berfungsi membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Paras Hb dikira dalam unit g/dL (gram / deciLiter).

OK. Aku dah mula risau.
Apa maksud bacaan BP?
BP (Blood Pressure) atau Tekanan Darah : Tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh darah ketika darah dipam dari jantung ke seluruh badan.
Systolic : Tekanan kepada pembuluh darah akibat denyutan jantung.
Diastolic : Tekanan semasa jantung ‘berehat’

Setakat ni, bacaan BP aku OK. Alhamdulillah.
OK, itu je nak share.
p/s : Mood kerja tak ada.







Berulangkali hantar isteri pergi Klinik tak tahupun istilah ini,sekarang barulah.
He he..jangankan kata suami, si isteri pun ada jugak yang tak berapa tahu ttg ini. contohnya macam saya.hehe..sebab tu kena amik berat perihal badan sendiri..:-)
perkongsian yg sangat menarik. Selama ni saya cuma faham HB je, BP tu saya buat donno je, sebab doktor tak pernah komplen bila buat pemeriksaan bulanan semasa hamil. hehe
tu lah..kalau nak tahu lebih kena ringan mulut bertanya pada doktor masa check up tu..doktor pun mungkin penat nak explain 1-1 pada SEMUA pesakit yang dia rawat hari2.hehe
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan.
you are most welcome…