ENFAMAMA A+ CLUB

Assalamualaikum & salam sejahtera

Sejak Afiq minum susu formula, dia hanya serasi dengan susu formula brand Enfagrow walaupun sebelum ni dah try pelbagai jenis susu formula. Macam biasa, selalunya mesti ada kumpulan / kelab untuk ibu dan anak dari syarikat pengeluar susu. So, under Mead Johnson, ada EnfaMama A+ Club.

ENFAMAMA A+ CLUB

Masa mengandungkan Afiq dulu pun aku amalkan minum susu EnfaMama A+. Masa nak pilih susu, kebetulan ada promoter Enfa kat situ. Dia lah yang daftarkan aku. Next, kalau nak maintain membership club, kena hantar bukti pembelian produk.

Susu Enfamama A+
Susu EnfaMama A+ perisa coklat.

Mungkin sebab masa Afiq dalam kandungan lagi aku dah bagi dia rasa susu Enfa, so bila lahir, tekak tu serasi ngan susu Enfa je. He he.

Mudah je cara nak join.

1 – Isikan borang penyertaan dan sertakan bukti pembelian iaitu dari kotak pek Enfagrow sama ada bar kod 600 g / 1.3 kg  atau kepingan aluminium (tin foil) 900 g / 1.7 kg dari produk susu Mead Johnson EnfaMama A+, Enfagrow A+ Step 3 Step 4 atau Step 5.

bar kod enfagrow

Sekarang ni Afiq minum susu Enfagrow A+ Step 3. Borang boleh didapati di sini.

2 – Hantar ikut alamat yang diberikan dalam borang.

alamat mead johnson

Sebab apa aku join kelab ni?

  • 100 mata ganjaran Kitty (Welcome Points).

  • Kadang-kadang Mead Johnson Malaysia akan hantar hadiah. Contohnya macam hari tu, dorang nak introduce Enfagrow A+ Apps untuk memudahkan mama browsing berkenaan info perkembangan anak kecil melalui applikasi yang boleh dimuat turun untuk handphone, so dorang bagi soft keychain untuk sangkut kat lubang kepala handphone. (keychain tu dah hancur dimamah dek Afiq!) Ha ha

  • Tiap-tiap kali Mead Johnson Malaysia hantar sesuatu,  consumer services akan call aku untuk confirm sama ada aku dah dapat ke belum barang yang dorang pos tu. Kalau belum, dorang akan hantar lagi sekali.

  • Dapat newsletter berkaitan info perkembangan anak dan ibu.

  • Ganjaran ahli

SMS enfagrow
Selalu dapat SMS bila tiap-tiap kali ada baby ekspo.
  •  Bonus hari lahir

  • Menjadi orang terawal tahu tentang aktiviti / program.

Dan macam-macam lagi kelebihan menjadi ahli EnfaMama A+ Club ni. Maklumat lanjut, boleh rujuk kat website Enfagrow Malaysia

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

2 thoughts on “ENFAMAMA A+ CLUB

Leave a Reply