CERITA RAMADHAN : PENGALAMAN BERPUASA KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum & salam sejahtera:-)

Inilah kali pertama dalam hidup, aku berpeluang merasa perasaan orang  mengandung berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah dah masuk 26 Ramadhan, makanya 26 hari aku diberi kekuatan untuk berpuasa penuh walaupun ketika awal Ramadhan aku alami sedikit dugaan. Harap-harap dapatlah aku puasa penuh tahun ini.

Ibu mengandung
Sekarang dah 22 minggu kandungan….

Masa minggu pertama Ramadhan, aku alami tekanan darah rendah dari biasa. Ini pun sebab kebetulan masa tu aku ke klinik gara-gara terasa pening kepala yang keterlaluan. Menurut doktor…

“Memang biasanya minggu pertama Ramadhan, ibu mengandung akan rasa pening-pening, lemah badan. Sebabnya, kadar gula menurun mendadak sebab kurang makan (puasa) di waktu siang. Akan tetapi itu tak bermakna awak tak boleh berpuasa. Dan in sha Allah ia tidak akan memudaratkan bayi dalam kandungan. Cuma kalau rasa tak tahan / tak larat, jangan paksa diri just terus makan!”

Aku MC hari itu tapi aku tetap puasa sebab perut tak meragam. Cuma aku dinasihatkan doktor untuk tidur, berehat supaya kitaran darah dalam badan jadi normal bila berehat.

So, doktor bagi aku beberapa nasihat pemakanan supaya badan kekal bertenaga dan dapat berpuasa. Antaranya…

Kurma
Kurma

” Amalkan makan sekurang-kurangya 3 biji kurma ketika sahur dan berbuka. Tujuannya nak supply gula dalam badan untuk tenaga bila berpuasa. Awak puasa, tak boleh makan minum tapi baby dalam perut tu tetap akan makan minum. Memang tak boleh buat apa just makan secukupnya. Air jangan lupa. Kena banyak minum air”

” Ambil nasi atau makanan bijirin, makan ayam atau daging untuk tenaga jugak.”

” Kalau boleh, masa nak makan sahur tu, makan time hujung-hujung. Maksud saya pandai-pandailah bajet masa makan. Jangan awak malas bangun sahur, sebelum tidur malam pulak awak makan. Nanti lapar. Susah!”

” Jangan lupa makan vitamin Asid Folik & Kalsium, ok?”

Time bukan bulan Ramadhan, aku memang jenis tak boleh kalau tak makan selang 2 jam. Memang masuk angin la perut ni sampai ke kepala sakitnya. Berlegar-legar jugak dalam kepala otak ni “Mampu ker aku nak berpuasa ni? Dah la tak boleh makan minum seharian pulak tu…Aduhai…” 

Tapi semuanya dengan kuasa dan izin Allah, Alhamdulillah aku tak alami sakit sebab tak makan siang time puasa ni. Perut tak meragam langsung! Tak ada bunyi kriuk kriuk lapar walaupun badan lemah sebab baby dok makan minum, main golek-golek, main tendang-tendang secara tiba-tiba dalam perut ni ha.

Betul kata orang “Baby tahu mama dia puasa, mesti dia tak meragam… Automatik semua tu.. Percayalah…” Ya! sekarang aku percaya. He he. Actually, kalau niat yang baik, Insha Allah dipermudahkan urusan.

Sepatutnya minggu lepas masa regular pregnancy check-up, aku kena minum air gula TAPI aku mengelat. Aku buang sticky note yang doktor tulis dalam kad pemeriksaan tu. Sebab…. aku malas nak ganti puasa hoi! Ha ha. Tak apa, next month kena minum. Aku ok aje :-D

Dan sungguh aku tak sangka, walaupun berpuasa, kurang makan minum, berat badan aku tetap naik 1.8 KG pulak tu dalam masa sebulan ni. Grrrr…. Kalau bukan bulan Ramadhan, memang lebih dari itu lah. Ha ha. Nasib baik badan aku jenis senang ‘turun’. Pengalaman mengandung pertama dulu, berat badan naik lebih 20KG dan selepas melahirkan, berpantang, berjaya dapat berat badan asal :-D

Tapi tak mustahil rasanya kenaikan berat 1.8KG walaupun puasa sebab… aku kalau bab makan, memang juara! Itu pasal berat badan naik dengan jayanya. Ha ha.

Btw, selamat menyambut hari raya aidilfitri untuk semua. Berhati-hati memandu pulang ke kampung halaman tu yer :-)

p/s : teruja nak beraya tahun ni sebab… ada anak kecil, Afiq Hazim untuk diusung ke sana ke mari bawak beraya rumah orang. Ha ha.

About Red Linda

Dulu mempunyai blog sendiri redlinda.com namun setelah berkahwin agak kurang berblog dan domain tersebut lupa renew. Isteri kepada owner blog ini dan menjadi second writer untuk blog ini.

Leave a Reply